22 May 2010

HARI GURU

Telah seminggu sambutan Hari Guru berlalu namun kehangatannya masih terasa. Sambutan di sekolah walaupun sederhana tetap meriah dan seronok. Guru seronok murid2 gembira....Untuk n3 kali ini bonda nak berkongsi beberapa ucapan hari guru melalui sms yang dihantar oleh kawan2 bonda dan juga guru2 sekolah bonda. Ucapan2 tersebut ada yang mengusik dan mencuit hati. Saje aje bonda titpkan di sini untuk tatapan dan kenangan bonda. Okey jom kita layan sms yang bonda dapat.....


Masa terus pergi...tapi perjuangan guru tak pernah mati...
murid datang dan pergi, silih berganti...tapi guru tetap sentiasa berbakti...
ustaz hari ini beritahu, guru dapat murid sebagai hadiah...
yang merupakan anugerah Allah, bersyukurlah ...
dan katanya
guru perlu banyak-banyak sifat SABAR.
- salbiah ghani -

A teacher takes a hand..opens a mind.. and touches a heart.
Teachers that love to
teach.Create kids that love to learn.
- wan syafifah khalilah -


Guru yang BERIMAN ibarat mentari yang berkilau..
Guru SEJATI pewangi yang mengharumkan..

Guru yang SETIA menjadi pendorong setiap impian..
Guru berhati MULIA membawa seribu kebahagiaan..
Guru yang IKHLAS mendapat beribu-ribu keberkatan..
moga dinobatkan sebagai...
GURU CEMERLANG DUNIA AKH
IRAT.
- shahrin -

Birth is the start of life..beauty is the art of life..
mysteries & risks are part of life...
but a TEACHER is the heart of life.
- suria abdullah -


Guru cemerlang masa sekolah banyak merancang,
Guru gemilang semua kursus dia datang,
Guru terbilang semua benda dia buat seorang,
Guru temberang dalam kelas banyak sembang,
Guru perasan dalam kelas syok seorang2,
Guru curang masuk kelas selalu hilang,
GURU CEMERLANG JANGAN TEMBERANG. :-)

- azizah abd.rahman -



Banyak dapat BUNGA? tanda tugas guru mengharumkan dunia..
Dapat PEN? tanda guru bijak melakar kata..
Dapat PEMADAM? tanda guru sentiasa membetulkan yang dusta..
Dapat MESEJ? tanda guru sentiasa diingatan..
Dapat COKLAT? tanda guru suka didampingi..
Dapat CEMUHAN? tanda guru insan yang sabar dan
akan sentiasa dirahmati ALLAH
- sukma -



Guru SERBA BOLEH...Dialah
guru, kerani, akauntan, doktor, jururawat, jurutera,
penyanyi, komposer lagu, penulis lirik, pemuzik,pelakon teater,
driver,tukang kebun, tukang hantar barang, tukang masak,
mekanik,jurugegas, tukang jahit, tukang gunting,
detektif,jurukamera,motivator dan MACAM2 LAGI...
Banyaknya kerja CIKGU...hehehe
- ahmad eruan -


Apa cita2 anda sebelum jadi guru??
Mejistret?Lawyer?Engineer?

Anda menyesal jadi guru?
Cuba lihat...
ada tak lawyer yang sanggup pakai topi arkitek?
ada tak mejistret yang berani sarung kot doktor?
Tapi...GURU adalah SEMUA
kitalah doktor bila budak sakit,
lawyer bila parents soal,

mejistret bila murid bergaduh,
hatta security guard & AHLI NUJUM pun kita,
semalam pulak jadi tukang kebun gotong-royong perdana,
oleh itu...berbanggalah jadi CIKGU.
- jahara & hjh. rosita -



Guru bagaikan NTV7 kerana CERIA SELALU
Guru juga kadang kala seperti TV3 kerana
MENJADI INSPIRASI HIDUPKU...
yang pasti Guru juga bagaikan TV9 DEKAT DI HATI..
dan yang paling penting Guru juga bagaikan package ASTRO
kerana MACAM-MACAM ADA
- aziz & rohaya -

I can appeciate coffee without susu,
Nights without lampu,
Curry without lembu,
Burgers without keju,
But NOT SCHOOL without CIKGU...
- chan -

sebenarnya ada lagi ucapan kawan2 yang best2
tapi cukuplah ini saje yang bonda masukkan
Pada semua rakan guru,
teruslah berbakti tanpa jemu.

untuk mengakhirinya
serangkap pantun dari kawan bonda
wan razak idris begitulah namanya

Dari Dungun pergi ke Pekan,
singgah sebentar membeli lokan,
Selamat Hari Guru saya ucapkan,
tugas dan tanggungjawab kita tingkatkan.





















08 May 2010

HEPI BULAN MEI

Lama tak menulis. Malam ni nak cete seket.
Nak cete pasal bulan MEI, nape? sebab...
Bulan Mei ni bulan hepi bagi bonda,
Banyak hari yg nak diraikan.
1 Mei hari pekerja. Bonda masih bekerja, jd lehlah sambut.
9 Mei hari ibu, bahagianya bila terima ucapan dari anak2
terasa dihargai dan disayangi, bahagia hati ibu,
16 Mei akan tiba, bonda akan raikan juga,
selagi masih bersisa waktu sebagai guru,
dan yang paling hepi adalah
bulan Mei untuk bonda dan 3 org anak bonda
menyambut hari jadi...seronoknya!!
HEPI LABOUR DAY!!...
HEPI MOTHER'S DAY!!.
HEPI TEACHER'S DAY!!...
HEPI B'DAY TO MY SONS & DAUGHTER
AND HEPI B'DAY TO ME...hehehe



17 April 2010

TELEVISYEN

Nak n3 seket pasal televisyen.
Saje mengimbau zaman kanak2ku

Masa mula2 Televisyen dpt siarannya di Johor termasuk BP
seorang jiranku yg kiranya org berada jugaklah
org yg mula2 membeli televisyen di tempatku itu.
Masa itu umurku dlm 9th. jd dlm thn 1964 lah tu.
Dek krna umah dia sorg aje yg ada TV
aku dan budak2 lain selalulah terhendap2 kat laman umah dia
selalunya sebelah petanglah dlm kol 5-6 gitu
sbb masa tu selalunya ada cete2 kartun.
Klu nasib kami baik maka dipanggil naik,
aha... apa lg berebut2lah kami naik cari tmpt duduk
hehehe.....seronok berebut2 walaupun kadang2 kena marah.

Pada setiap mlm jumaat pulak selalunya ada cete melayu
Jadi jiranku akan buka umahnya pada sape2 nak tengok
tapi kena bayar, nak tau brape? aha 10 sen sorg,
tak kira tua ke muda, beso ke kecik tetap 10 sen.
Jadi mlm jumaat lepas maghrib umah jiranku tu
macam mini panggung wayang, selalunya penuh jugaklah
terutama budak2 ngan emak budak. bapak2 sorg dua aje.
Yalah masa tu mana ada hiburan lain selain panggung wayang
Nak tgok wayang pun bukan senang, tiket 40 sen kira mahal tu...

Selang sebulan dua gitulah(dah lupa...)
Sebuah lori masuk ke laman umahku.
Abah ada sekali naik lori tu.
Aku dan kakakku terjengok2 apa yg abah beli
Barang itu dibawa naik ke umah.
Wah....abah beli televisyen!!!
tentunya National, jenama kesukaan abah & emak.

Aku dan kakak begitu seronok dan teruja
tak sabar nak tunggu petang waktu siaran bermula.
Dulu2 siaran cuma beberapa jam aje,
ujung minggu aje baru smpai tgh mlm.
kira2 kami org ke2 yg ada TV lah kat situ...
hai...suka sgt ati ni, berbunga2!

sejak ari tu aku tak lg terjengok2 kat laman jiranku
kawan2ku pun dah beraleh arah, tgok TV kat umah aku.
Setiap mlm jumaat ruang tamu umahku penuh
kalau 40 - 50 org tu biasalah,
yg tua atau muda, kecik atau beso akan dtg
abah & emak memang suka klu umah ramai org
mereka tak lg tgok kat umah jiranku sbb
abah & emak ku tak kenakan apa2 bayaran pun, FREE
dan leh tgok bila2 masa kami buka TV

emak & abah pesan, klu buka TV buka pintu depan sekali
beri sape2 aje nak tgok, jgn lokek2 dgn harta dunia.
Umah klu selalu org dtg maknanya mrk bawa rezeki...
gitulah pesan emak & abah ku tersayang
Hah...dah abes!!gitulah ceteku tentang TELEVISYEN.


02 April 2010

sapekah gadis ituuu

cete si gadis yg suka berkunjung ke kota singa pd ujung minggu. tidur semalam umah sedara dia pun baliklah ke tanjung putri,hehehe... JB lahtuuu. satu ari semasa perjalanan balik, si gadis spt biasa naik bas dr orchard road(tol tak eja ni,hi3). tak lama pastu duduk seorg pemuda sebelah si gadis. si gadis perasan yg pemuda tu pandang2 kat dia, tp dia wat selamba aje.

bas mula bergerak, si pemuda mula nak masuk jarum...hi, saya hasan...leh berkenalan!! ayat poyo aje. si gadis toleh tp dia takde mood lak nak layan. jual mahal seket. tiba2 si gadis dpt idea nakal. si gadis letak jari telunjuk kanannya ke bibir pastu beri isyarat dgn tangan kononnya dia bisu. dia tgok aje muka pemuda...oh, awk bisu eh...kesian!! muka comel2 tp bisu...gitulah kata si pemuda tu. si gadis wat muka kesian tp dalam ati (hehehe....ketawa mcm kena geletek). Pastu si gadis tunjuk cincin huruf A di jarinya dan ambe pen pastu tulis pd kertas suratkabar ANI. pemuda tu bersuara, oh...nama awk ANI...ok2. sy hasan. dua2 tersenyum...gadis senyum nakal (si gadis tahan ketawa sebenarnya....his,his nakal tol!! )

pastu masing2 melayan fikiran masing2. si gadis kekadng tersenyum sendiri, ingat idea nakalnya.his,his...senyaplah sepanjang perjalanan tu sampailah di tambak johor.

sampai di tambak semua penumpang turun untuk melalui pemeriksaan imegeresen. si gadis turun dan tunjukkan beg sandang yg dibawa. si gadis takde beli apa2 pun...belakang si gadis, pemuda hasan tu. tiba2 salah seorg pegawai imegeresen tu tny si gadis sambil periksa beg , ada beli apa2 barang? alamak mcm mana nak jawab!! td dah mngku bisu....(panic sekejap) tiba2 si gadis dengar suara dr belakang, DIA BISU ENCIK...(hasan yg cakap) si gadis terkejut tp trus mengangguk2kan kepala tnda setuju... ooh gitu!! ok, jalanlah sambil menghulurkan beg sandang gadis tu. Apa lg...si gadis trus jalan cepat2 tak toleh2 tp badan bergoyang2 menahan ketawa (hahahahaaaa!!!), dia trus menuju jln wong ah fook / sg seget nak naik bas balik jln abdul samad.
wah, galaknya si gadis tu ketawa terbahak2 (dalam ati aje...) tak sangka jd cam tuuuuuu


hahaha........sapekah gadis itu??
SAPEKAH GADIS ITUUUU.....

26 March 2010

D'Kenangan



Banyak kenangan di rumah tua ini. Bermula dgn hutan belukar yg diterokai oleh kedua org tua bonda bersama beberapa keluarga yg lain selepas Jepun kalah, kalau tak silap sekitar thn1942 sehingga berubah menjadi sebuah perkampungan. Wah!!dah 68 tahun...Rumah asal memang dah banyak berubah.
Di sinilah bonda membesar bersama adik-beradik seramai 4 orang. Tapi rumah ini tak pernah sunyi kerana emak dan abah suka menjaga anak buahnya atau sedara mara yang susah. Sejak bonda kecil rumah ni sentiasa ramai penghuninya. Seronoknya!!...bila d'kenang. Bila nak raya lagi meriah.Memang rumah ini banyak kenangan....

Salah satu kenangan indah ialah pada tahun 1979 apabila bonda bersama teman semaktab dari Maktab Perguruan Mohd. Khalid menjalankan pratikal di sekolah sekitar Batu Pahat. Seramai 9 orang kawan maktab bonda tinggal di rumah ini sepanjang 3 bulan pratikal, kebetulan pula salah sebuah rumah sewa emak kosong ketika itu. Tiada bayaran sewa rumah yg dikenakan. Emak sanggup menyediakan makan minum untuk mereka dengan mengenakan sedikit bayaran. Setiap kali waktu makan macam buat kenduri rumah kami. Maklumlah ramai...

Emak dan abah memang suka sangat dengan kehadiran kawan2 bonda itu. Emak dan abah anggap mereka seperti anak sendiri. Malah pada minggu terakhir pratikal, sebelum kami berpisah emak dan abah mengadakan kenduri doa selamat untuk kami. Semua kawan2 maktab yg pratikal di Batu Pahat dijemput. Adalah dalam 20-25 org. Sungguh meriah dan seronok dapat berkumpul.Ini semua tetap d'kenang, PASTI. Malah sampai sekarang pun nama kawan2 bonda masih emak ingat. Begitu juga abah semasa masih hidupnya, ada bertanya pd bonda tentang kawan2 bonda itu. Kekadang kami duduk bercerita mengimbau kenangan lalu. Ada juga antara kawan2 bonda yg pernah dtg berjumpa emak dan abah selepas itu.

Oh rumah tuaku...terlalu banyak kenangan di sini. Pastinya aku sedih apabila satu hari nanti kau bukan lagi kepunyaan kami. Namun kau akan D'Kenang sampai akhir hayatku.

06 March 2010

Petua Bonda

Assalamualaikum....Bonda nak kongsi beberapa petua yg boleh digunapakai semasa nak memasak. Ada yg bonda dpt dpd emak bonda, ada dr kawan2 dan ada dr pembacaan. Tapi semua cara yg bonda turunkan ni memang berkesan sebab bonda dah praktikkan.
gambar-gambar di atas sekadar hiasan
1. Ada ikan yg hanyir dan berlendir spt ikan sembilang, keli,pari dan ikan2 yg sewaktu dgnnya. Jadi kalau nak buang lendir dan bau hanyir tu,selepas ikan disiang rendam dalam air asam jawa.
Asam jawa tu agak2 sendirilah banyaknya, ikut berapa banyak ikan yg ada.
Biarlah dlm 20 - 30 minit,lepas tu basuh dgn air paip sehingga bersih.

2. Untuk mengelakkan kita menangis bila kupas kulit bawang
ada beberapa cara yg boleh dipraktikkan.
i) cucuk hujung pisau dgn sebiji bawang merah/kecil tu.
Taktau pulak sape yg mula2 buat petua ni. Masa mula2 emak bonda suruh buat mcm tak caya aje, tapi bila dicuba ada betulnya.
ii) cara lain rendam atau basuh dulu bawang tersebut. Lepas tu
baru dikupas. InsyaAllah tak pedih mata tu. Ni bonda dpt dari
membaca majalah. Bila dicuba berkesan pulak.
iii) yg ni pulak bonda cuba2 sendiri. Bila 3/4 kali cuba berkesan
pulak. Senang aje, masukkan bawang tu dlm peti ais.
Bila nak masak baru keluarkan dan kupas
(ni dpt secara tak sengaja, letak bawang kat luar kadang2 sampai
busuk/bercambah bila lama tak masak.
Jd saje masukkan dlm peti ais, konon2 biar tahan lama seket)

(gambar hiasan)
3. Ada org yg suka makan daging kambing. Kalau tak dibersikan betul2 kekadang bau hamis
kambing lekat dlm masakan kita.Dulu2 setiap hari emak bonda masak daging kambing, yalah buka kedai makan katakan...menu tetap ialah daging kambing masak ros.
Jd utk hilangkan bau tu selepas dipotong daging tu, taburkan tepung gandum -kalau daging tu 500g,tepung tu agak2 dua genggam - gaul tepung dgn daging tu rata2,biarkan dlm 15-20 minit gitu, pastu basuh dgn air bersih.Pastu bolehlah masak ikut resepi pilihan masing2.

4. Yg ni tentang masak daging pulak. Kalau nak daging cepat empuk atau tak liat. Semasa masak
i) ambil beberapa helai daun nangka, bersihkan dan masukkan dalam masakkan kita tu.
ii) dulu2 emak bonda masukkan sudu/ piring cwn seramik (yg dibuat dr tanah liat) dlm msknya.
Ni utk daging lembu,kerbau atau kambing. Ayam tak payah buat sebab ayam senang empuk.
iii) sekarng ni bonda letakkan baking powder aje. Kalau 500g daging,bonda letak dlm 1 atau 2 sudu teh baking powder. Ni dpt dr kawan bonda.

Cukup dulu petua utk kali ni. Kalau ada lagi yg boleh dikongsi, bonda akan masukkan lagi.

25 February 2010

Lunch hour

Sebelom berceloteh, saje nak ingat-mengingati supaya kita sama2 berselawat atas nabi junjungan kita Muhammad s.a.w sempena sambutan Maulidur Rasul ni tanda kita menyanyangi Rasulluallah.
Jom baca n3 bonda cuti2 ni...
Wah, cuti lg...hish2 bulan feb. n mac ni bnyk tol cuti. Ari tu 9 ari cuti Tahun Baru Cina. Ni cuti Maulidur Rasul smbng dgn cuti ujung minggu jd 3 ari. Nti tgh bulan cuti sekolah seminggu - cuti pertengahan penggal. Cuti tu memang seronok tp bila lama sgt boring pulak......
Jd cuti ni bonda nak masak special seket utk anak dan suami. Anak sulung bonda bawak balik ikan siakap 5 ekor semlm. Dr mlm semlm pk nak masak apa siakap ni. 5 ekor ni leh 2 kali sajian.Pk pny pk bonda pun masaklah ni dia...jeng..jeng..jeng....tgklah gambar2 di bwh ni...Nilah hidangan tengahari kami ari ni...menyelerakan nampaknya,org lain telan air liur aje ler...hehehe





bonda masak ikan siakap 3 rasa dan kailan goreng ikan masin aje.
Wah... selera kami makan. Anak bongsu bonda kata ade rasa mcm masakan
restoran.Suami pun kata sedap,emm..seronok rasa sesekali dipuji.
Ada 3 ekor lg ingat nak kukus atau stim pulak. Itu menu esok...hehehe