26 March 2010

D'Kenangan



Banyak kenangan di rumah tua ini. Bermula dgn hutan belukar yg diterokai oleh kedua org tua bonda bersama beberapa keluarga yg lain selepas Jepun kalah, kalau tak silap sekitar thn1942 sehingga berubah menjadi sebuah perkampungan. Wah!!dah 68 tahun...Rumah asal memang dah banyak berubah.
Di sinilah bonda membesar bersama adik-beradik seramai 4 orang. Tapi rumah ini tak pernah sunyi kerana emak dan abah suka menjaga anak buahnya atau sedara mara yang susah. Sejak bonda kecil rumah ni sentiasa ramai penghuninya. Seronoknya!!...bila d'kenang. Bila nak raya lagi meriah.Memang rumah ini banyak kenangan....

Salah satu kenangan indah ialah pada tahun 1979 apabila bonda bersama teman semaktab dari Maktab Perguruan Mohd. Khalid menjalankan pratikal di sekolah sekitar Batu Pahat. Seramai 9 orang kawan maktab bonda tinggal di rumah ini sepanjang 3 bulan pratikal, kebetulan pula salah sebuah rumah sewa emak kosong ketika itu. Tiada bayaran sewa rumah yg dikenakan. Emak sanggup menyediakan makan minum untuk mereka dengan mengenakan sedikit bayaran. Setiap kali waktu makan macam buat kenduri rumah kami. Maklumlah ramai...

Emak dan abah memang suka sangat dengan kehadiran kawan2 bonda itu. Emak dan abah anggap mereka seperti anak sendiri. Malah pada minggu terakhir pratikal, sebelum kami berpisah emak dan abah mengadakan kenduri doa selamat untuk kami. Semua kawan2 maktab yg pratikal di Batu Pahat dijemput. Adalah dalam 20-25 org. Sungguh meriah dan seronok dapat berkumpul.Ini semua tetap d'kenang, PASTI. Malah sampai sekarang pun nama kawan2 bonda masih emak ingat. Begitu juga abah semasa masih hidupnya, ada bertanya pd bonda tentang kawan2 bonda itu. Kekadang kami duduk bercerita mengimbau kenangan lalu. Ada juga antara kawan2 bonda yg pernah dtg berjumpa emak dan abah selepas itu.

Oh rumah tuaku...terlalu banyak kenangan di sini. Pastinya aku sedih apabila satu hari nanti kau bukan lagi kepunyaan kami. Namun kau akan D'Kenang sampai akhir hayatku.

No comments:

Post a Comment