26 December 2009

Sayangku

Aku begitu seronok,bangga dan terharu dgn kejayaan anak ketiga ku yang berjaya menggenggam segulung ijazah pada 4 Oktober 2009 . Alhamdulillah aku bersyukur dengan kurniaan Allah kepadaku. Dia kurniakan aku anak2 yang baik, cerdik, sayang-menyayangi dan berjaya. Sekarang 3 daripada 4 anak2ku telah bekerja, ada kerjaya sendiri. Tinggal seorang lagi yang masih belajar. Adek baru dapat keputusan PMR, Alhamdulillah dia dapat 7A1B. Aku dan suami berterima kasih pada semua anak kami yg telah memberikan kegembiraan kepada kami.Mereka permata hati kami yang tak ternilai. Kami akan terus berdoa dan memanjatkan kesyukuran agar semua permata hati kami terus dilindungi dan diberkati Allah, terus cemerlang baik dalam kerjaya, pelajaran, dan juga kehidupan. Aku juga berdoa mereka agar terus mendekatkan diri kepadaNya sama ada semasa susah mahupun senang supaya Allah juga sentiasa dekat dengan mereka, insyaAllah.

Sayangku


Sukanya bergambar........
Anak kedua dan anak bongsuku.
Inilah sorg aje anak daraku.

Salam perkenalan

Bila baca blog org tergerak pula hati nak cuba buat blog sendiri. Org dah terlalu ranum ni bukan senang nak menggodam komputer ni, lupa memanjang. Tp.....dek krna keinginan membuak-buak nak buat blog (terlanjur free..hehehe) minta tolong anak2 mengajarnya. Rupa2nya mrk tak sesabar ibu mrk. Dia org tnjuk laju2, si ibu baru terkial2 nak tgok apa yg di klik apa yg ditekan, tiba2 dah selesai edit dsb. Tak sempat kita ikut, laju bebenor....3/4 kali jugaklah dia org kena ulang nak bagi faham ibu yg dah ranum ni. Dulu ibu mengajar anak2.........sekarang anak2 ajar ibu, hahaha......

Namun diri ini tak rasa malu belajar dgn anak2 malah rasa bangga kerana anak2 sekarang dah berjaya.Itulah hasil didikan kami ibu bapa mrk.(bangga tu! bukan riak eh.....) Sekarang dunia IT, sana sini IT. Era IT era anak2, jd mrk lebih cepat belajar.Tak salahkan anak2 pula mengajar kami supaya celik IT. Walaupun saya sudah hampir pencen (sebab tu dah masak ranum.....heheh) saya masih suka belajar termasuk menulis blog ini, gunakan kemudahan yg ada, saje suka2 isi masa lapang. Dek kerana ada kemahuan akhirnya terhasillah blog ku ini.........Tahniah!! anda berjaya..............(ucap pada diri sendiri, bagi perangsang,hihihi....)