06 March 2010

Petua Bonda

Assalamualaikum....Bonda nak kongsi beberapa petua yg boleh digunapakai semasa nak memasak. Ada yg bonda dpt dpd emak bonda, ada dr kawan2 dan ada dr pembacaan. Tapi semua cara yg bonda turunkan ni memang berkesan sebab bonda dah praktikkan.
gambar-gambar di atas sekadar hiasan
1. Ada ikan yg hanyir dan berlendir spt ikan sembilang, keli,pari dan ikan2 yg sewaktu dgnnya. Jadi kalau nak buang lendir dan bau hanyir tu,selepas ikan disiang rendam dalam air asam jawa.
Asam jawa tu agak2 sendirilah banyaknya, ikut berapa banyak ikan yg ada.
Biarlah dlm 20 - 30 minit,lepas tu basuh dgn air paip sehingga bersih.

2. Untuk mengelakkan kita menangis bila kupas kulit bawang
ada beberapa cara yg boleh dipraktikkan.
i) cucuk hujung pisau dgn sebiji bawang merah/kecil tu.
Taktau pulak sape yg mula2 buat petua ni. Masa mula2 emak bonda suruh buat mcm tak caya aje, tapi bila dicuba ada betulnya.
ii) cara lain rendam atau basuh dulu bawang tersebut. Lepas tu
baru dikupas. InsyaAllah tak pedih mata tu. Ni bonda dpt dari
membaca majalah. Bila dicuba berkesan pulak.
iii) yg ni pulak bonda cuba2 sendiri. Bila 3/4 kali cuba berkesan
pulak. Senang aje, masukkan bawang tu dlm peti ais.
Bila nak masak baru keluarkan dan kupas
(ni dpt secara tak sengaja, letak bawang kat luar kadang2 sampai
busuk/bercambah bila lama tak masak.
Jd saje masukkan dlm peti ais, konon2 biar tahan lama seket)

(gambar hiasan)
3. Ada org yg suka makan daging kambing. Kalau tak dibersikan betul2 kekadang bau hamis
kambing lekat dlm masakan kita.Dulu2 setiap hari emak bonda masak daging kambing, yalah buka kedai makan katakan...menu tetap ialah daging kambing masak ros.
Jd utk hilangkan bau tu selepas dipotong daging tu, taburkan tepung gandum -kalau daging tu 500g,tepung tu agak2 dua genggam - gaul tepung dgn daging tu rata2,biarkan dlm 15-20 minit gitu, pastu basuh dgn air bersih.Pastu bolehlah masak ikut resepi pilihan masing2.

4. Yg ni tentang masak daging pulak. Kalau nak daging cepat empuk atau tak liat. Semasa masak
i) ambil beberapa helai daun nangka, bersihkan dan masukkan dalam masakkan kita tu.
ii) dulu2 emak bonda masukkan sudu/ piring cwn seramik (yg dibuat dr tanah liat) dlm msknya.
Ni utk daging lembu,kerbau atau kambing. Ayam tak payah buat sebab ayam senang empuk.
iii) sekarng ni bonda letakkan baking powder aje. Kalau 500g daging,bonda letak dlm 1 atau 2 sudu teh baking powder. Ni dpt dr kawan bonda.

Cukup dulu petua utk kali ni. Kalau ada lagi yg boleh dikongsi, bonda akan masukkan lagi.

No comments:

Post a Comment