13 June 2010

selusuh oh selusuh (bahagia 1)

Kunjungan ke rumah kwn yg lebih 10 thn takku temui telah membuka cete lama. Bnyk yg kami bualkan, maklumlah lama tak jumpa. Suaminya mengingatkan aku waktu aku nak bersalin anak ke2 ku. Ada cete lucu di sebalik aku menahan kesakitan.

Pada masa itu cuti umum hari pekerja - 1 Mei. Lebih kurang pukul 8 pg aku terasa sakit perut yg amat sgt, rasa nak bersalin walaupun takde tanda yg keluar. Mujur suamiku ada, begitu jg emakku. Bolehlah emak tgok2kan anak sulungku bila aku di hospital. Sampai di hospital lebih kurang pukul 12thg, selps diperiksa aku ditempatkan di bilik 2nd class, kata doktor mungkin ptg baru bersalin. Aku masih menahan sakit dan tak tentu arah. Teringat pesan emakku supaya minum air selusuh yg dibuat sendiri olehnya - maklumlah emakku bidan - maka berulang kalilah aku minum air selusuh itu tapi....tiba2 perutku dah tak sakit lagi. Masa tu lebih kurang pukul 4 ptg. Suamiku balik hantar abahku dan ambek barang2 baby yg tertinggal. Aku cemas dan gusar. Kenapa tiba2 dah tak sakit. Aku beritahu nurse dan bila doktor dtg periksa, dia kata "jln dah ada" tp mungkin lambat seket. Aku minta balik sebab teringat dan rindu sgt pd anak sulungku yg beberapa hari lagi genap setahun. Lagipun due date ku 13 Mei,tapi doktor tak benarkan kerana 'jln dah ada' walaupun aku tak sakit.

Maka terpaksalah aku bermalam di hospital. Sebelah katilku seorang ibu muda yg baru bersalin anak sulung. Mlm tu aku tak boleh tidur, teringat anakku di rumah dan baby sebelahku pula asyik menangis. Akhirnya aku bangun dan tanya 'jiranku' kenapa anaknya. Dia beritahuku tak tau dan dia susah nak bangun sebab kena jahit bny sgt. Aku minta izin utk tgok2kan anaknya. Dia izinkan dan rupa2nya baby berak (sorry...kasar seket bahasa). Tu yg dia tak selesa. Aku tolong bersihkan dan tukarkan lampin. Baby tu asyik menangis smpai pagi, sekejab2 kencing dan berak. Tu yg dia tak selesa...jd aku dgn rela hati tolong jaga dia kerana ibunya takde pengalaman dan tak larat bangun.

Hari ni dah 2 mlm 3 hari aku di hospital, tapi tanda2 nak bersalin takde jg. Wadku di tingkat 5. Doktor kata kalau nak cpt bersalin buat 'exercise' turun naik tangga, jgn naik lif. Dek krna nak cpt bersalin dan nak cpt balik, aku ikut kata doktor, pagi2 lps mandi dan sembayang aku turun ke bawah melalui tangga. Setelah berpusing2 di bawah, beli sarapan dan surat khabar di kantin hospital aku naik semula melalui tangga jg. Sehari adalah 3/4 kali aku turun naik tangga. Tak lupa jg aku minum air selusuh yg dah masuk 2 botol emakku buatkan. Jiran sebilikku 8 org, semua aku kenal malah silih berganti. Satu masuk satu keluar. Jiran sebelahku jg dah bertukar org. tp aku masih di sini. Boring betul...dan rinduuuuuu sgt kat anakku yg dah 3 hari tak jmpa. Dgr cete dr suami aje. Bila dah takde keje, anak2 jiranlah tmpt aku lepas2kan boring. Tukarkan lampin, dodoikan dan apa2 ajelah...sementara menunggu waktu melawat atau waktu tidur.

Hari ke 4 aku semakin risau, saje layan hati dan buat spt sebelumnya. Turun naik tangga, jalan2 di bawah. Tapi hari ni aku dah tolong seorg "jiranku" yg nak keluar. Dia minta aku telefon pejabat suaminya beritahu yg dia boleh keluar jam 1 ptg ini (4Mei). Maka menapaklah aku turun tangga pergi ke public phone di bawah walaupun aku baru shj naik dan telefon suami jiranku yg bekerja di Penggerang, Kota Tinggi. Kami di hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Petang tu dia balik, aku sama2 turun hantar dia ke bawah. Suaminya sewa kereta. Masa di bawah aku bertembung dgn suami dan abahku yg dtg melawatku. Abahku sama2 naik tangga menemankan aku, disuruh naik lif dia tak mahu. Aku beritahu suamiku kerisauanku dan air selusuh pun dah 2 botol habis, minta dia suruh emak buatkan lagi. Suamiku mengiakan aje kehendakku. Suamiku nampak relax tp aku tahu dia pun risau. Hai,bilalah aku akan bersalin ni....sabar ajelah........

Sampai sini dulu untuk bahagian 1 ini . Akanku sambung sehari dua lagi.
Baca dulu yg ini ya...ada ke org baca ni? ke aku syok sendiri,hehehe...
Syok sendiri pun takpelah...janji aku puas menulis. Jumpa lagi......




No comments:

Post a Comment