15 June 2010

selusuh oh selusuh (bahagian 2)

Inilah bhg ke 2 yg aku janjikan.(Perasan macm org tertunggu-tunggu aje cete kita ni, hehehe...) Sesiapa yg belum baca bhg 1, baca dulu ya...nanti tak tahu pulak hujung pangkal cete aku ni. Ok ikuti cete seterusnya, jom layannnn..........hihihi

Hari ke 5 bersamaan 5 Mei 1985, hatiku tiba2 sayu teringat anakku di rumah. Hari ini hari jadinya, genap setahun. Terpandang2 wajahnya yg comel tu. Terngiang2 di telinga suaranya memanggilku. Bergenang jg air mataku pagi ini dan terasa malas utk turun ke bawah spt biasa. Pukul 8 pg tiba2 suamiku muncul, terkejut jg aku kerana selalunya kol 1 ptg baru dtg. Dia bawa sebotol air, air selusuh katanya. Dia suruh aku minum dan baca selawat dn ayat kurshi bnyk2. "Hari ni mesti awak bersalin", kata suami sungguh2. Bila suamiku balik, aku pun mula minum air selusuh itu yg aku kira dibuat oleh ibuku. Lepas doktor periksa pukul 10 pg aku turun ke bawah.Saje nak hilangkan bosan. Naik ke atas mcm biasa tunggu waktu zohor. Suamiku beritahu yg dia akan dtg pukul 4 ptg aje. Aku tak kisah dan faham. Lebih kurang pukul 3 ptg tiba2 aku mula rasa sakit, aku terus minum air selusuh dan selain baca selawat nabi, mcm2 ayat yg terfikir aku baca. Semakin lama semakin kuat sakitnya. Bila dah tak tahan aku panggil nurse. Bila doktor periksa, aku disuruh bawa ke bilik bersalin. Doktor kata 'mentuban belum pecah tp jln dah buka besar'. Aku seorang2 kat bilik tu(yg nak bersalinlah). Ada seorg nurse yg agak beumur jg menjagaku. Dia suruh aku berzikir dan ajar aku baca beberapa ayat. Aku ikut aje walaupun dlm kesakitan. Tiba2 mentubanku pecah dan airnya menyimbah ke baju nurse tu, aku sempat berfikir mesti aku kena marah. Tapi nurse tu (Salmah namanya) tak kata apa2, dia terus panggil doktor (Dr. Syed Kadir) di bilik sebelah dan lebih kurang jam 6.57 ptg Ahad aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan,sama tarikh lahirnya dengan anak sulungku, abangnya. Wah,tepat sekali tekaan suamiku.

Semasa anakku dibersihkan, Misi Salmah tiba2 ckp padaku, " ni kalau ikut adat kena beri saya kain batik 2 helai, sebab 2 kali tersimbah. Disimbah air tuban dan darah kat badan saya,".Kami sama2 ketawa kecik dan doktor tersenyum sama. Aku mengucapkan terima kasih tak terhingga dgn bantuan dan tunjuk ajarnya. Tiba2 Dr. Syed Kadir bertanya "boleh saya kamatkan anak awak?" Aku terkejut dan tak sangka. Aku mengiakan tanda setuju, selepas dia ambil air sembayang, anakku dikamatkan. Aku tak tau apa hikmahnya, tapi bersyukur.

Selepas dibawa ke wad, suamiku pula kamatkan anak kami sekali lagi. Malam itu aku tak boleh tidur lagi... gembira. Takku sangka akan melahirkan sepasang anak yg sama tarikh lahirnya dan terfikr pula, mujarab jg air selusuh emakku. Pagi 6 Mei tu...seorang perempuan separuh umur mendekatiku. Tgok aku dah bersalin, dia beriku air zam-zam. Aku beritahu yg aku dah ada, tp dia suruh ambil jg dan beri pd anakku. Lepas itu dia nak kamatkan anakku, walaupun aku kata dah kamatkan semalam. Kerana dia beria2 benar nak kamatkan jg aku beri ajelah, niat hati org nak buat baik apa salah aku terima aje. Lepas tu dia suapkan air zam-zam ke mulut anakku sambil membaca ayat kurshi 3x. Allah sahaja tahu hikmah sebaliknya, aku redha. Pukul 9 suamiku dah sampai dan lepas diperiksa doktor aku dibenarkan keluar hospital lebih kurang pukul 12 tgh. Gembiranya hatiku dan memang aku amat merindui anak sulungku.

Selepas 10 thn kelahiran anakku itu (1995),suatu hari masa itu aku dan suami sedang berbual2 tentang jiran kami yg baru bersalin dan aku bercadang nak ziarah dia di rumah aje lps dia balik dr hospital. Tiba2 suamiku tersenyum2 sendirian dan berkata, "awak nak tahu cete pasal air selusuh?" Aku tanya , "aha kenapa dgn air selusuh?" Ok nak tahu apa cetenya?Aha...ni berkaitan dgn air selusuh yg suamiku bawa untukku dlm cete di atas.

Suamiku beritahu selepas dia balik ziarahku di hospital pd hari ke 4 tu, dia tak senang hati lebih2 lg aku beritahu dia yg air selusuh dah abes, tp tanda2 nak bersalin takde jg. Aku suruh dia minta emak buatkan lagi. Bila dia beritahu emakku rupa2nya emakku suruh dia minta dgn bidan2 lain krna emakku berpendapat aku tak serasi dgn air selusuh yg dia buat, sebab dah 2 botol aku minum tapi tak bersalin2 jugak. Suamiku tak tahu nak cari mana, bab begini memang dia tak pandailah...

Kata suamiku, mlm tu dia dan kawan(jiran kami jg) duduk minum di kedai mamak dan dia bercerita pasal nak cari air selusuh pada kwn ni, Manan namanya. Aku lantas teringat pd hari aku bersalin tu pagi2 pukul 8 dia dah sampai dgn sebotol 'air selusuh' dan beria-ia benar dia ckp yg aku bersalin hari itu jg, sama tarikh dgn anak sulung kami. Aku jg teringat betapa dia bersungguh2 suruh aku baca selawat dan ayat kurshi bnyk2 kali, yakin betul2 semasa minum 'air selusuh' itu. Jadi aku terus bertanya pada suami bidan mana yg Manan bawa dia untuk minta 'air selusuh' tu. Mujarab betul air tu. Dia tak menjawab tapi ketawa terbahak2, aku jadi hairan. Aku tanya kenapa ketawa pulak, sape bidan tu..aku desak dia cete betul2. Reda seket ketawa, dia berkata,' abang bual2 dgn Manan, dia pun tak tahu mana nak cari bidan. Pastu abang ambek botol kat motor, suruh budak mamak tu isi air suam'... dia dah tak boleh sambung cerita lagi, mula ketawa lagi malah makin kuat... dan aku mula faham apa yg dah suamiku buat. Tentu 'air selusuh' yg diberi padaku itu air suam dr kedai mamak, selusuh oh selusuh!!hehehe...Suamiku memang nmpak pendiam tapi terejal dan kelakar.Kali ini aku jg ikut sama ketawa sampai keluar air mata.....aku terpedaya dgn 'air selusuh' buatan suamiku dan Manan, pandai betul dia berlakon...hahahahaaaaaa

Setiap kali aku teringat cete ni akan membuat aku ketawa sendiri. Apapun aku selamat bersalin secara normal tanpa satu jahitan pun walaupun sekadar minum "air selusuh" kedai mamak...anak gadisku tu kini sudah berusia 25 tahun dan merupakan satu2nya anak perempuan kami. hai, selusuh oh selusuh...hehehe....


No comments:

Post a Comment