13 March 2011

AWAS!!...Bahaya Pinggan MELAMINE

Udah lama benar bonda biarkan blog ni berkarat. Terlalu banyak kerja sekolah, sedari awal pembukaan hingga cuti ni.Nama aje cuti tapi bonda ada bengkel e-operasi esok (14/3/2011)pastu selasa dan rabu bertugas di sekolah. Cikgu2 pun buat kelas tambahan sampai khamis. Mana ada cutinya...nanti lepas Mei, aha masa tu memang cuti panjang sebab dah bersara...hahaha.

Minggu lalu kami berbincang untuk mencari set pinggan mangkuk yang boleh digunakan untuk hidangan VIP semasa ada sesuatu majlis. Tergerak hati untuk beli kerana pada 12/3/2011 sekolah kami ada Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Mesyuarat Agung PIBG. Sebelum ini selalu menggunakan set pinggan mangkuk Kelas Pend. Khas. Bincang2 dengan GB untuk mohon sumbangan PIBG supaya sekolah ada set pinggan mangkuk sendiri. Ada yang mencadangkan beli set Melamine tapi bonda tak berapa suka dan alang2 dah ada duet bonda suruh beli set ceramic atau kaca. Jadi kami bersetuju memilih set jenama arcoppal sesuai dengan duet yang ada. Tak disangka2 bonda terjumpa pula artikel di bawah semasa melayari internet. Jadi bonda saje copy and paste untuk pedoman dan panduan. Mujurlah kami tak beli set melamine dan bonda sendiri pun tidak suka menggunakannya. Jadi, mari baca untuk panduan kita.


Bahaya Menggunakan Pinggan Mangkuk MELAMINE


Kebanyakan pinggan plastic di Malaysia dibuat daripada MELAMINE yang mengandungi ‘urea formaldehyde’ dan sangat merbahaya kepada kesihatan.

Urea Formaldehyde adalah sejenis bahan yang biasanya digunakan untuk membuat bekas barangan elektrik dan ‘insulation’ wayar elektrik. Bahan ini amat berbahaya jika masuk ke dalam badan manusia & boleh menyebabkan masalah terhadap sistem penghadaman, sistem pernafasan, batu karang, buah pinggang, cancer pundi kencing dan juga kerosakan sistem pembiakan.

Kebanyakan restoran-restoran di Malaysia menggunakan pinggan jenis ini kerana ia tidak mudah pecah dan kelihatan cantik seperti pinggan ceramic. Untuk mengenali pinggan-mangkuk jenis melamin, kebiasaannya di bawah pinggan ini tertulis MELAMINE. Tetapi pinggan-mangkok melamine yang di buat di Thailand atau China selalunya tidak menulis perkataan ini di pinggan tersebut. Pinggan-mangkuk melamine dari Thailand adalah jenis paling berbahaya disebabkan bahan kimia yang terdapat dalam pinggan mangkuk tersebut sangat mudah ‘leech out’ ke dalam makanan kita, terutamanya jika makanan itu panas.

Oleh itu elakkan semua pinggan mangkuk plastik yg kelihatan berkilat seperti seramik, kerana ia kemungkinan besar adalah melamine.

Bahan MELAMINE ini juga boleh bertindak-balas dengan bahan makanan dan membentuk racun yang lebih berbahaya, iaitu melamine cyanurate. Bahan ini akan membentuk crystal seperti kaca yang boleh merosakkan salur darah dan buah pinggang.

Langkah yang terbaik ialah menggunakan pinggan yg dibuat dari kaca atau seramik kerana bahan ini adalah sangat stabil & selamat untuk digunakan.

Kebanyakan negara di Eropah, New Zealand, kerajaan Amerika Syarikat dan juga kerajaan UAE telah mengharamkan penggunaan bagi semua mangkuk pinggan-mangkuk yang diperbuat daripada melamine.

3 comments:

  1. Assalamualaikum...

    Begitu juga dengan isu sebelum ini iaitu penggunaan sudu dan cawan yang mengandungi bahan berbahaya tersebut.

    Ada peralatan yang sesuai digunakan dalam proses penyediaan makanan dan minuman, cuma kita wajib lebih peka dalam meneliti keselamatan bahan2 dan peralatan yang digunakan seharian.

    Bagi menggantikan kegunaan peralatan yang mengandungi bahan Melamine, maka sangat digalakkan ia dijadikan sebagai perhiasan atau hasil gubahan kraftangan. Jadi dapatlah elakkan pembaziran. Malah jika cantik ia boleh dijual...

    ReplyDelete
  2. Diharapkan pengguna lebih berhati2 membeli peralatan dapur dan keperluaan seharian. Rakan taulan yang tahu atau ada info hal2 seperti ini boleh berkongsi maklumat dan menyebarkannya supaya kita semua tidak terperangkap dalam bahaya.

    ReplyDelete
  3. salam perkenalan...minta izin nk share kt blog...boleh...?

    ReplyDelete