26 December 2009

Sayangku

Aku begitu seronok,bangga dan terharu dgn kejayaan anak ketiga ku yang berjaya menggenggam segulung ijazah pada 4 Oktober 2009 . Alhamdulillah aku bersyukur dengan kurniaan Allah kepadaku. Dia kurniakan aku anak2 yang baik, cerdik, sayang-menyayangi dan berjaya. Sekarang 3 daripada 4 anak2ku telah bekerja, ada kerjaya sendiri. Tinggal seorang lagi yang masih belajar. Adek baru dapat keputusan PMR, Alhamdulillah dia dapat 7A1B. Aku dan suami berterima kasih pada semua anak kami yg telah memberikan kegembiraan kepada kami.Mereka permata hati kami yang tak ternilai. Kami akan terus berdoa dan memanjatkan kesyukuran agar semua permata hati kami terus dilindungi dan diberkati Allah, terus cemerlang baik dalam kerjaya, pelajaran, dan juga kehidupan. Aku juga berdoa mereka agar terus mendekatkan diri kepadaNya sama ada semasa susah mahupun senang supaya Allah juga sentiasa dekat dengan mereka, insyaAllah.

No comments:

Post a Comment