05 December 2010
PERSEDIAAN UNTUK PERSARAAN
30 October 2010
Bandung
Pada 16 Okt. bonda bersama 2 org anak bonda telah
ke Bandung.Saje jalan2 dn shopping2...hehehe

Ni hidangan pertama kami sesampainya di Bandung. Nasi timber
(tol ke ejaan ni...D) enak jg hidangan ini.
Air jambu batunya pun sangat segar dan enak.
Sampai di Bandung, lepas makan kami meronda di Pasar Baru.
Sampai nak tutup tak abes juga semua tingkat kami ronda.
Dr kol 1 hgga 5 baru smpi tingkat 2 aje.Disana sebut lantai 2.
sedangkan ada 7 tingkat semuanya. Besar pulak tu...
Rambang mata....sana sini cantik dan murah2.
susah nak pilih, terpaksa dtg lagi esoknya.
Malam kami pergi Gedung Mode...Aduhai!!!!!cantik2 dn murah2.
Abes jg ratus2 ribu nak juta jugalah.....rupiah aje!!hehehe

Jenuh jugalah berjalan dari 1 outlet ke 1 outlet,
yg besar yg kecik semua masuk aje.
Penat2 jalan duduk ambe gambar.
Tulah ujudnya gambar sana sini. Ni upload seket2 aje.
Bila dah rambang sgt mata ni smpai tak tau apa yg nak dibeli...
tp belilah gak!!! tak gi bandunglah klu tak beli apa2,kan?
tersandar bonda kepenatan,rehat jab tunggu anak2 pilih barang.hehehe

Masa jalan2 tu terarik pulak dgn "action figures" indon.
Pakcik yg jual tu buat sendiri.
Puteriku belikan utk adeknya yg suka kumpul action figures.
Gerai yg bnyk durian tu pula adalah gerai jual ice-cream durian.
Duriannya besar2 dan bnyk gerai camni sepanjang jalan.

Memang penat tp seronok!!! Nilah transport kami sepanjang 2 mlm 3 hari di sana.
Hari ke 3 tu masih juga menyusur jalan2 keliling bandar bandung dan singgah
outlet yg belom dimasuki.
Lepas tu cari oleh2 utk dibawa pulang.
Belilah seket kek browneis Kartika Sari dan Amanda yg terkenal tu.
Memang sedap dan juga beli kerepek pisang goreng.
Dapatlah rasakan rakan2 di sekolah...
wah! Terasa nak gi lagiiiii........hahaha
13 October 2010
Tanda 100 Hari Sebelum Hari Mati
TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI
Assalam Mu'alaikum Wbrth!!!
BACALAH DENGAN TELITI!!!
TANDA PERTAMA
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.
Semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar .
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.
Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
05 September 2010
Salam Lebaran
Ramadhan sudah hampir penghujung, Syawal pula akan menjelang. Lama juga bonda menyepi. Agak sibuk seket dgn kerja di sekolah menjelang UPSR yang akan bermula beberapa hari saje selepas cuti hari raya. Hati cikgu2 risau sebenarnya, bimbang anak2 murid beraya sakan dan terlupa yang mereka ada hari sejarah yang perlu dihadapi, bimbang mereka terlebih teruja utk beraya dan mengumpul duet raya, sampai buku dan nota entah ke mana2. Pelbagai pesan dan nasihat telah diberi, dibekalkan malah kelas tambahan pun masih dijalankan hingga esok 6/9/2010. Cikgu2 korbankan cuti dan persiapan hari raya demi anak muridnya. Harap2 anak murid dan ibu bapa mereka menghargai pengorbanan kami ini demi kecemerlangan anak2 didik kami. Apapun segala usaha telah dibuat dan sekarang berdoa sahajalah moga segala usaha akan diberkati dan beroleh kejayaan,insyaAllah.
Hari Raya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Kini bonda nak tumpukan keje2 di rumah pulak dan buatlah seket2 yg termampu. Maklumlah dalam usia begini tenaga pun tak seberapa, anak2 pun masih berkerja lagi dan yg jauh sehari sebelum raya baru bercuti dan balik JB. Tinggal yang bongsu menolong apa yang disuruh. Bonda sorang perempuan kat umah, jadi faham2 aje lah.
Jadi sempena menjelangnya hari lebaran ini bonda mengambil kesempatan untuk mengucapakan SELAMAT HARI RAYA AIDIL-FITRI kepada semua sahabat-handai dan kenalan di blog ini, ampun maaf dipinta jika ada terkasar bahasa, terlanjur bicara. Manalah tahu ada yang tersinggung hati bila membaca blog ini. Maaf sahajalah yang dapat bonda pohoni. InsyaAllah ada masa dan panjang umur, bonda akan menulis lagi...wasalam
08 August 2010
Salam Ramadhan
menyambut Ramadhan dan menunaikan Rukun Islam yg ke 3.
Sempena kehadiran bulan yang mulia ini
bonda ingin menucapakan
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL_MUBARRAK
khusus kepada saudara-mara,sahabat handai dan kenalan
serta umat Islam seluruhnya.
Moga Ramadhan kali ini bukan yang terakhir buat kita,
Moga kita dapat beramal dan menginsafi kesilapan diri,
Moga kita berkesempaatan bersama-sama perbaiki diri,
Moga segala amalan dan doa kita diterima Illahi.
Selamat Berpuasa dan Beramal!!!
17 July 2010
Terkenang2
bila tgok gmbr2 lama ni terkenang masa kecik2,
seronok mcm takde masalah, tak fikir pun...
biarlah gmbr aje yg menyingkap cete...

gambar family sebelah abah
berdiri dr kiri: Pak Andak Arifin,Pak Busu Noh dan Abah(Hj.Ahmad)
tengah: kak zai(Fatimah),Mak Lot,Emak(Hjh.Rukimah),Nek Jah,
Mak Usu dan kakakku(Saadiah - 7th)
depan: zaharah, bonda(2th) dan kak zaleha

gambar bersama jiran kami
Wak Nasuha & isteri Wak Aminah serta anak Jamilah
Hj.Ahmad (abah), Hjh.Rukimah (emak) Saadiah (kak long- 6th)
dan Saadah (bonda - 1th, beriba)

Abah dan emak tersayang semasa mengerjakan ibadah
haji di Mekah pada th 1974

bersama emak tersayang semasa berumur 5th
berkebaya pendek ler....hehehe
10 July 2010
Surah Al-Haqqah; Hari Kiamat.. Menangis..
Begitu tersentuh hati...insaf dan terasa amat kerdilnya diri ini. Ya Allah moga diampunkan dosa-dosa kami dan tempatkan kami dalam golongan orang-orang yang beriman...amin ya rabulalamin.


