05 September 2010

Salam Lebaran

Kad ini khas untuk semua kawan2 dan kenalan blog

Ramadhan sudah hampir penghujung, Syawal pula akan menjelang. Lama juga bonda menyepi. Agak sibuk seket dgn kerja di sekolah menjelang UPSR yang akan bermula beberapa hari saje selepas cuti hari raya. Hati cikgu2 risau sebenarnya, bimbang anak2 murid beraya sakan dan terlupa yang mereka ada hari sejarah yang perlu dihadapi, bimbang mereka terlebih teruja utk beraya dan mengumpul duet raya, sampai buku dan nota entah ke mana2. Pelbagai pesan dan nasihat telah diberi, dibekalkan malah kelas tambahan pun masih dijalankan hingga esok 6/9/2010. Cikgu2 korbankan cuti dan persiapan hari raya demi anak muridnya. Harap2 anak murid dan ibu bapa mereka menghargai pengorbanan kami ini demi kecemerlangan anak2 didik kami. Apapun segala usaha telah dibuat dan sekarang berdoa sahajalah moga segala usaha akan diberkati dan beroleh kejayaan,insyaAllah.

Hari Raya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Kini bonda nak tumpukan keje2 di rumah pulak dan buatlah seket2 yg termampu. Maklumlah dalam usia begini tenaga pun tak seberapa, anak2 pun masih berkerja lagi dan yg jauh sehari sebelum raya baru bercuti dan balik JB. Tinggal yang bongsu menolong apa yang disuruh. Bonda sorang perempuan kat umah, jadi faham2 aje lah.


Jadi sempena menjelangnya hari lebaran ini bonda mengambil kesempatan untuk mengucapakan SELAMAT HARI RAYA AIDIL-FITRI kepada semua sahabat-handai dan kenalan di blog ini, ampun maaf dipinta jika ada terkasar bahasa, terlanjur bicara. Manalah tahu ada yang tersinggung hati bila membaca blog ini. Maaf sahajalah yang dapat bonda pohoni. InsyaAllah ada masa dan panjang umur, bonda akan menulis lagi...wasalam

1 comment:

  1. Salam kak Saadah..

    Salam Lebaran buat kak Saadah sekeluarga dan Maaf Zahir Batin....

    ReplyDelete