06 July 2010

Melayu mudah lupa

utk n3 kali ni nak layan sajak nukilah Tun Dr.Mahathir, pemimpin negara yg memang bonda kagumi. Terasa ingin berkongsi rasa resah krna tanda2 melayu mudah lupa semakin terselah di bumi melayu ini. Moga sajak ini dapat membuka minda melayu agar tidak layu, tidak lupa dan alpa bahawa tanggungjawab besar yang perlu digalas jika melayu ingin terus subur di bumi sendiri.


Melayu mudah lupa

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi

Kerana perjuanganmu belum selesai...

Nukilan: Tun Dr Mahathir Mohammad 2001

2 comments:

  1. Assalamualaikum...

    Memang ada maksud yg mendalam pada sajak tersebut. Tetapi yang mendukacitakan, boleh dikatakan ramai yang hadir dalam dewan perhimpunan parti tersebut, boleh tergelak berdekah-dekah bila di sebut : "Dulu bangsanya haprak...".

    Ini menggambarkan mentaliti kebanyakkan anggota parti itu tidak segan silu ataupun tidak kisah untuk menghina dan memalukan bangsa sendiri. Mereka ini tidak mahu berfikir dengan waras dan mendalam pada setiap isu dan perkara yang diperdengarkan. Mereka suka ikut jalan mudah, asalkan dapat hidup senang, dapat pangkat serta kedudukan dalam parti, maka hal2 berkaitan nasib bangsa sendiri dipinggirkan.

    Orang yang betul2 mahu membela bangsa sendiri, tidak akan menindas bangsanya, tidak akan ketawakan bangsa sendiri dan tidak akan memburukkan bangsa sendiri dengan fitnah yg teramat kejam.

    Kebanyakkan mereka yg di dalam dewan perhimpunan semasa Tun Dr. Mahathir Mohammad menyampaikan sajak, berfikiran singkat, akal pendek... sebab itu mereka boleh ketawa dan tidak cuba memahami isi kandungan sajak yg Tun cuba sampaikan. Tun adalah pemimpin yg berfikiran jauh, tetapi sebilangan Melayu itu, memang mudah lupa...

    ReplyDelete
  2. bonda setuju dgn Ahmad. Pada masa itu memang ramai yg alpa dan leka. Mrk tak nmpak keresahan Tun Mahathir walaupun telah digambarkan secara sinis. Kini krna kealpaan mrk menjadikan sukar utk melayu terus bernafas. Namun bonda dapati ada yg kini sedar dan cuba buat tranfomasi sama ada diri maupun parti. Cuma agak terkilan seolah-olah kesedaran itu seket lewat yg menyebabkan bnyk ranjau dan onak yg perlu ditempoh utk menggembalikan maruah melayu. Bonda berdoa masih sempat melayu bangkit demi kesejahteraan anak cucu cicit bonda kelak, insyAllah.

    ReplyDelete