24 November 2011

PETUA MELAYU LAMA

Salam sejahtera utk semua....hai! lamanya bonda tak menulis di sini. Jd utk mengubat rindu di hati, bonda masukkan n3 di bawah ni, saje berkongsi info. Kot2 boleh jd panduan pd sesiapa yg terbaca dan memerlukan rawatan ni. Ok selamat membaca....
Petua Merawat Kulit Terbakar Matahari
Apabila berada di luar bangunan terlalu lama akan menyebabkan kulit badan terutama di muka akan terdedah kepada pancaran cahaya matahari. Akibatnya ada dikalangan kita yang akan mengalami kulit terbakar terkena pancaran matahari ini. Di sini dipaparkan beberapa petua untuk mengatasinya;
Sapukan isi aloe vera dan sapukan ke seluruh muka. Amalkan setiap hari dan lihat hasilnya selepas beberapa hari.
Campurkan sedikit tepung gandum dengan sedikit madu, putih telur dan air limau nipis. Selepas itu, sapukan seluruh bahagian muka kecuali mata dan mulut. Biarkan sehingga kering barulah dibilas dengan air. Amalkan selalu.
Kisar enam biji timun dan campurkan dengan dua sudu besar susu tepung. Kemudian sapukan pada kulit wajah yang terbakar tadi dan biarkan sehingga kering. Seterusnya bilas muka sehingga bersih dengna air suam.
Belah dua biji tomata kemudian gosokkan pada kulit wajah selama 5 - 10 minit dan tunggu sehingga benar-benar kering. Bilas dengan air suam.

Ok dah bacakan......selamat mencuba!! salam sayang dari bonda.

26 August 2011

SALAM LEBARAN

Selamat Hari Raya yang hanya tinggal 3/4 hari saje. Maaf zahir batin dari bonda dan keluarga.
Lama sungguh tak menulis. Dah berkarat blog bonda ni. Lepas bersara ni minda aje free dari hal2 sekolah tapi kerja lain banyak juga nak dibuatnya. Lagi2 bulan puasa ni.
Sebenarnya kami sedang ubahsuai rumah yang dibelikan anak2 untuk kami. Itu yang sibuk aje sebab hari2 pergi ke rumah tu. Al-maklumlah buat sendiri. Itulah untungnya suami pandai buat sendiri cuma buat slow2 ler. Nak minta orang tolong semua ada kerja, nak siapkan tempahan sebelum hari raya. Suami sendiri pun terpaksa tolak beberapa tempahan sebab tak cukup kakitangan dan bonda minta dia tumpukan pada rumah sendiri. Bonda tolonglah seket2.
Biasalahkan rumah tukang selalunya tak siap2 sebab siapkan rumah orang, dah terkena rumah yang duduk sekarang ni. Nak siapkan almari baju pun dah duduk 8 tahun baru pasang pintu, selama2 tu pasang langsir aje. Sebab tulah rumah baru ni nak siapkan semua baru pindah.
Sekarang baru 20% yang siap. Hajat hati nak pindah sebelum raya tak tercapai,huhuhu....kesian bonda!! Sabar,sabar...ada hikmahnya siap lewat tu!(pujuk hati sendiri,hehehe...)Lain kali bonda masukkan gambar2 yang lain eh, ni masuk beberapa keping aje dulu.Jom layannnnnn....








bhg belakang yg terbuka dibumbungkan dan dipasang tile.
Lain kali upload ruang lain pulak. Ok jumpa lain masa dan
SELAMAT HARI RAYA!!!..BERHATI-HATI DI JALAN RAYA
SEMASA BALIK KAMPUNG UNTUK BERAYA...




31 May 2011

Sajak Persaraan

Majlis Persaraan bonda yang diadakan di Ponderosa Golf & Country Resort, Johor Bahru pada 26 Mei 2011 sungguh menyentuh hati dan pastinya menjadi memori indah pada bonda. Pada majlis itu bonda telah mendeklamasikan sajak sebagai pengakhir bicara seperti di bawah ini:-

Bak Air Yang Mengalir

Bak air yang mengalir,
Tiba jua kiranya di muara waktu,
Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu,
Pada jejak-jejak yang lalu, seribu liku.

Berdiri melihat denai-denai kenangan,
Berbunga mesra dalam jambangan ingatan,
Barangkali terdengar-dengar nanti,
Suara bisikan melankolia,
Ucap salam anak-anak kecil manja,
Tegur sapa, senyum tawa rakan sekerja.

Tiba waktunya untuk menyusun jemari,
Membuang segala kerikil bersalut di hati,
yang terkhilaf dimaafi,
yang sesal diinsafi,
yang lebih dibahagi,
yang kurang dilengkapi,
Agar saat perpisahan ini indah,
Terlerai segala durja gundah,
Tersirna cebisan amarah,
Terurai segala yang bercanggah.

Bak air yang mengalir,
Tiba jua kiranya di muara waktu,
Pasti tersisa kenangan yang terindah,
Berhias luka tidak berdarah,
Kesementaraan waktu mengutus seribu bumbu,
Kerana sekali dipanggil guru,
Selamanya aku adalah guru.

Selamat tinggal suara-suara ceria,
Rakan sekerja, teman bergurau senda,
Padang perhimpunan dan dewan perkasa,
Bilik darjah dan anak-anak keletah pelbagai bangsa,
Pejabat tugas dan pembantu ikhlas,
Bilik guru dan timbunan buku,
Ruang kantin tempat mesra terjalin.

Selamat tinggal seribu kerenah,
Datang dan pergi pelbagai wajah,
Bercampur gembira bersisip gundah,
Bergema didikan beralas madah,
Selamat tinggal sebuah tempat bernama sekolah.

Selamat datang persaraan,
Kerana segalanya hanya kesementaraan,
Melengkapi perjalanan, sebuah kehidupan.

Bak air yang mengalir,
Tiba jua di muara waktu,
Di sini aku pasti merindu,
Kesibukan tugas seorang guru,
Terasa sedih berbekam pilu,
Rutin 32 tahunku akan berlalu,
Namun...pasti aku tersenyum sipu,
Pabila terkenang memori lalu.

Seribu kesyukuran pada Illahi,
Moga hidupku terus diberkati,
Bersama keluarga yang dikasihi,
Agar terpelihara kesihatan diri.

Duhai teman-teman...
Iringi daku dengan doa ikhlas tulus di hati,
Sejahtera dan bahagia,
Dalam sisa-sisa yang masih berbaki.

Jeling-jelinglah daku jika rindu masih bertamu,
Sapa-sapalah daku andai mesra akrab berpadu.

Sudah sampai saat dan tika,
Pergi dengan keredhaan di hati,
Moga ilmu yang dicurah setulus jiwa,
Akan diberkati oleh Illahi.

Selamat tinggal teman-teman seperjuangan,
Iringi daku dalam doa berkat,
Tanpa benci, amarah dan muslihat,
Lepaskan daku dengan senyum mesra,
Senyuman seindah sinaran suria.

Bak air yang mengalir,
Sampai di sini kenangan indah pasti terukir.

26 Mei 2011
Ponderosa Golf & Country Resort

10 May 2011

Diari Mei

Mei bulan yang ditunggu. Kenapa? sebab Mei banyak cerita menarik dan banyak hari yang dinanti

1 Mei - Hari pekerja (cuti tu...relax2)
2 Mei - sambung cuti sebab 1 Mei jatuh hari Ahad, relax sama anak2 di KL, shopping!!!
3 Mei - Latihan Pusat Bola Jaring untuk ke MSSJ (seronok...hilang stress bila di padang)
4 Mei - Masih sama aktiviti dari 7.30 pagi hingga 6.00 petang
5 Mei - Hari jadi anak2ku, abang dan kak ngah. kembar tarikh tahun lain2,hehehe. Happy
b'day
my dear,luv both of u so much, muah3!!.
Masih latihan pusat untuk pemain2ku bersama rakan2 yg sekepala, yg gile2...hahaha
6 Mei - Pertandingan Bola Jaring MSSJ bermula di Pontian - team ku naib johan kumpulan.
Menang lawan Muar, kalah lawan Ledang.
7 Mei - Masuk suku akhir, undian bertemu JB. Aduhai!!!...kalah 2 gol. Perlawanan kalah mati
pulak tuuu. Dah habislah peluang...balik aje ler!! tapi aku dapat jual 5 helai kain
cotton!!!
hebat tuuuuu....tak sampai setengah dah jam langsai. Kalau bawa lebih mesti
abes,hehehe

8 Mei - Hari Ibu. Dapat ucapan dari anak2. Kak ngah belikan aku Macaroon - 1st time makan,
okey gak rasanya.
9 Mei - Cuti Rehat hari ni,pergi ambe sijil CFO rumah baru, baru ada masa pergi ambe. Tengok
rumah sekali, gembira sebab rumah yang anakku belikan dah siap, bila2 pun boleh
pindah, bestnya!!
10 Mei - Fax jawapan jemputan JPNJ - Majlis persaraan. Sebelum ni tak pernah Jab. Pelajaran
Negeri buat majlis spt ini, rezeki aku dan kawan2 yg bersara tahun ini ler tu.
13 Mei - rancang nak bergambar bersama kelas2 yang aku mengajar ( 6 kelas)
16 Mei - Selamat Hari Guru!!!...sambutan hari guru yang terakhir buatku. Mesti best!!!
17 Mei - Wesak Day...apa lagi cuti ler, hehehe
18 Mei - Guru Besar cuti, aku tanggung tugas. Sempat lagi tanggung tugas sebelum bersara, 3
hari ler boss takde, sampai 20 Mei.
20 Mei - ambil kertas soalan setara Peperiksaan Pertengahan Tahun di SK Taman Molek
23 Mei - Majlis persaraan bersama murid-murid. entah macamanalah agaknya...serah pada
qadak dan qadar, ketentuan Ilahi. moga tak emosi...huhuhu
24 Mei - Peperiksaan Pertengahan Tahun bermula...apa lagi pantau perjalanan peperiksaanlah..
25 Mei - Tiada perancangan, ikut rutin biasa
26 Mei - Hari terakhir aku sebagai penjawat awam," Cikgu". Ada 2 Majlis yg perlu ku hadiri.
9.00 pagi Majlis Persaraan bersama JPNJ di Sangkar Kristal,Pelangi Golf Driving Range.
2.30 ptg Majlis ke 2 yang dianjurkan oleh SK Desa Cemerlang,"Majlis Budimu
Dikenang,
Kasihmu dijunjung" yang diadakan di Hotel Ponderosa Golf & Country Resort
Berhad.
So sweeeet!!!....moga aku dapat mengawal emosiku, huhuhu. Luv u warga SKDC
27 Mei - Hari Jadi ku yang ke 56, hari pertama persaraanku....macamana agaknya ya? kan ku
nantikan. Ucapan dari anak2ku pasti menyusul, insyaAllah.
28 Mei - Cuti sekolah pertengahan tahun bermula, tapi aku dah takde cuti....dah jadi pesara!!!
29 Mei - Hari Jadi adek, anak bongsuku. Happy B'day sayang...luv u so much, muah3
30 Mei - Belum ada plan lagi...sedang difikrkan, jalan2 makan angin bagus gak ni.
31 Mei- Apa nak buat untuk melabuh tirai Mei ni, tunggu tiba harinya nanti

Tamat diari ku...bulan yang indah bagiku, moga segala perancangan berjalan lancar dengan ketentuan dan perlindungan Allah jua, insyaAllah.

13 March 2011

AWAS!!...Bahaya Pinggan MELAMINE

Udah lama benar bonda biarkan blog ni berkarat. Terlalu banyak kerja sekolah, sedari awal pembukaan hingga cuti ni.Nama aje cuti tapi bonda ada bengkel e-operasi esok (14/3/2011)pastu selasa dan rabu bertugas di sekolah. Cikgu2 pun buat kelas tambahan sampai khamis. Mana ada cutinya...nanti lepas Mei, aha masa tu memang cuti panjang sebab dah bersara...hahaha.

Minggu lalu kami berbincang untuk mencari set pinggan mangkuk yang boleh digunakan untuk hidangan VIP semasa ada sesuatu majlis. Tergerak hati untuk beli kerana pada 12/3/2011 sekolah kami ada Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Mesyuarat Agung PIBG. Sebelum ini selalu menggunakan set pinggan mangkuk Kelas Pend. Khas. Bincang2 dengan GB untuk mohon sumbangan PIBG supaya sekolah ada set pinggan mangkuk sendiri. Ada yang mencadangkan beli set Melamine tapi bonda tak berapa suka dan alang2 dah ada duet bonda suruh beli set ceramic atau kaca. Jadi kami bersetuju memilih set jenama arcoppal sesuai dengan duet yang ada. Tak disangka2 bonda terjumpa pula artikel di bawah semasa melayari internet. Jadi bonda saje copy and paste untuk pedoman dan panduan. Mujurlah kami tak beli set melamine dan bonda sendiri pun tidak suka menggunakannya. Jadi, mari baca untuk panduan kita.


Bahaya Menggunakan Pinggan Mangkuk MELAMINE


Kebanyakan pinggan plastic di Malaysia dibuat daripada MELAMINE yang mengandungi ‘urea formaldehyde’ dan sangat merbahaya kepada kesihatan.

Urea Formaldehyde adalah sejenis bahan yang biasanya digunakan untuk membuat bekas barangan elektrik dan ‘insulation’ wayar elektrik. Bahan ini amat berbahaya jika masuk ke dalam badan manusia & boleh menyebabkan masalah terhadap sistem penghadaman, sistem pernafasan, batu karang, buah pinggang, cancer pundi kencing dan juga kerosakan sistem pembiakan.

Kebanyakan restoran-restoran di Malaysia menggunakan pinggan jenis ini kerana ia tidak mudah pecah dan kelihatan cantik seperti pinggan ceramic. Untuk mengenali pinggan-mangkuk jenis melamin, kebiasaannya di bawah pinggan ini tertulis MELAMINE. Tetapi pinggan-mangkok melamine yang di buat di Thailand atau China selalunya tidak menulis perkataan ini di pinggan tersebut. Pinggan-mangkuk melamine dari Thailand adalah jenis paling berbahaya disebabkan bahan kimia yang terdapat dalam pinggan mangkuk tersebut sangat mudah ‘leech out’ ke dalam makanan kita, terutamanya jika makanan itu panas.

Oleh itu elakkan semua pinggan mangkuk plastik yg kelihatan berkilat seperti seramik, kerana ia kemungkinan besar adalah melamine.

Bahan MELAMINE ini juga boleh bertindak-balas dengan bahan makanan dan membentuk racun yang lebih berbahaya, iaitu melamine cyanurate. Bahan ini akan membentuk crystal seperti kaca yang boleh merosakkan salur darah dan buah pinggang.

Langkah yang terbaik ialah menggunakan pinggan yg dibuat dari kaca atau seramik kerana bahan ini adalah sangat stabil & selamat untuk digunakan.

Kebanyakan negara di Eropah, New Zealand, kerajaan Amerika Syarikat dan juga kerajaan UAE telah mengharamkan penggunaan bagi semua mangkuk pinggan-mangkuk yang diperbuat daripada melamine.

17 December 2010

perut oh perut...

Bonda ni ada masalah perut buncit. Mcm2 jg ler dah dicuba tp tak nmpak kesan sgt. susut seket, naik bnyk. Jd ni dok merewang2 terjmpa lak petua ni. Ada jg yg bonda pernah cuba, ada yg lom. Ni nak kuatkan semangat dan nak rajin2 buat. Nmpk buruk benor perut boroi ni. Jom sama2 baca n3 ni mana tau ada yg serasi dgn kita,layaaaaaaaaann.......hehehe


Mengempiskan Perut

Petua 1 : Cara mudah yang biasa di lakukan ialah dengan hanya mengambil beberapa biji limau kasturi dan sedikit kapur makan. Perah jus limau kasturi tersebut dan gaul bersama dengan kapur makan tadi. Sapukan pada perut anda yang buncit untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Insyaallah perut anda akan kempis jika rajin mengamalkannya.

Petua 2 : Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaAllah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

Petua 3 : Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil.

Petua 4 : Ambil segenggam cekur, tepung beras, asam dan gula merah secukupnya, gula pasir dan garam. Semua bahan itu ditumbuk halus, kemudian masukkan air sebanyak setengah gelas. Air tersebut ditapis dan diminum. Amalkan ia selama 4 hari berturut-turut.

Petua 5 : Ambil beberapa biji buah delima. Kupas kulitnya dan jemur sehingga kering. Setelah kering, rebuskan ia dengan sedikit garam. Air rebusan kulit buah delima ini hendaklah diminum selalu bagi mengempiskan perut.



11 December 2010

Makan Malam Akhir Tahun


ready2 mcm tak redy aje ni... okey...ready!! 1,2,3...cantek!!..

Berdebu blog bonda ni, hehehe....ujung2 thn ni macam2 keje kena siapkan. Nama aje cuti sekolah tapi keje tak abes2. Bonda ni belum bercuti lagi yang sebenar2 cuti. Kat umah pun buat keje sekolah, persiapan utk awal tahun 2011. Jadual Waktu belum siap lagi, tunggu guru yg bertukar masuk tak masuk2 pun alamatnya Januari nanti kena tukar jadual waktu lagi,huhuhu...tapi tahun ini merupakan tahun terakhir bonda buat jadual waktu. Lepas bulan Mei, tak perlu buat lagiiiiiiii...merdeka (3x),hehehe...Selalunya dari Januari hingga Mei sekurang-kurangnya 2 kali akan rombak jadual waktu. Tak apalah, tak jadi hal...perkara kecik aje tu.

Melarut-larut pulak bonda ni cete pasal jadual waktu. Sebenarnya nak cete pasal gambar kat atas tuuu...ah tu gmbr annual dinner sekolah bonda yg diadakan pd 9 Nov 2010 di Hotel Dorsett. Dah sebulan berlalu, tapi bonda ingin kenangi annual dinner ini kerana ini merupakan annual dinner terakhir bonda sebagai guru (huhuhu...sedih jg bunyinya). Walaupun majlisnya serba ringkas tapi ini merapatkan hubungan kekeluargaan kami. Kami dapat melupakan sebentar hal2 sekolah dan berbual mesra dalam suasana kekeluargaan . Tambah seronok melihat keletah anak2 cikgu terutama yang kecil2. Maklumlah cikgu2 sekolah bonda ramai yang muda2, jadi anak2 ramai yg masih kecil2. Tentu suasana seperti ini tak dapat bonda jumpa lagi selepas ini. Jadi biarlah ini menjadi memori indah bonda. Bonda sayang keluarga besar bonda ini. Banyak cerita dan peristiwa yang boleh dikenang sepanjang bonda di sekolah ini bersama mereka. Keluarga SKDC tetap D' hati Bonda.