31 May 2011

Sajak Persaraan

Majlis Persaraan bonda yang diadakan di Ponderosa Golf & Country Resort, Johor Bahru pada 26 Mei 2011 sungguh menyentuh hati dan pastinya menjadi memori indah pada bonda. Pada majlis itu bonda telah mendeklamasikan sajak sebagai pengakhir bicara seperti di bawah ini:-

Bak Air Yang Mengalir

Bak air yang mengalir,
Tiba jua kiranya di muara waktu,
Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu,
Pada jejak-jejak yang lalu, seribu liku.

Berdiri melihat denai-denai kenangan,
Berbunga mesra dalam jambangan ingatan,
Barangkali terdengar-dengar nanti,
Suara bisikan melankolia,
Ucap salam anak-anak kecil manja,
Tegur sapa, senyum tawa rakan sekerja.

Tiba waktunya untuk menyusun jemari,
Membuang segala kerikil bersalut di hati,
yang terkhilaf dimaafi,
yang sesal diinsafi,
yang lebih dibahagi,
yang kurang dilengkapi,
Agar saat perpisahan ini indah,
Terlerai segala durja gundah,
Tersirna cebisan amarah,
Terurai segala yang bercanggah.

Bak air yang mengalir,
Tiba jua kiranya di muara waktu,
Pasti tersisa kenangan yang terindah,
Berhias luka tidak berdarah,
Kesementaraan waktu mengutus seribu bumbu,
Kerana sekali dipanggil guru,
Selamanya aku adalah guru.

Selamat tinggal suara-suara ceria,
Rakan sekerja, teman bergurau senda,
Padang perhimpunan dan dewan perkasa,
Bilik darjah dan anak-anak keletah pelbagai bangsa,
Pejabat tugas dan pembantu ikhlas,
Bilik guru dan timbunan buku,
Ruang kantin tempat mesra terjalin.

Selamat tinggal seribu kerenah,
Datang dan pergi pelbagai wajah,
Bercampur gembira bersisip gundah,
Bergema didikan beralas madah,
Selamat tinggal sebuah tempat bernama sekolah.

Selamat datang persaraan,
Kerana segalanya hanya kesementaraan,
Melengkapi perjalanan, sebuah kehidupan.

Bak air yang mengalir,
Tiba jua di muara waktu,
Di sini aku pasti merindu,
Kesibukan tugas seorang guru,
Terasa sedih berbekam pilu,
Rutin 32 tahunku akan berlalu,
Namun...pasti aku tersenyum sipu,
Pabila terkenang memori lalu.

Seribu kesyukuran pada Illahi,
Moga hidupku terus diberkati,
Bersama keluarga yang dikasihi,
Agar terpelihara kesihatan diri.

Duhai teman-teman...
Iringi daku dengan doa ikhlas tulus di hati,
Sejahtera dan bahagia,
Dalam sisa-sisa yang masih berbaki.

Jeling-jelinglah daku jika rindu masih bertamu,
Sapa-sapalah daku andai mesra akrab berpadu.

Sudah sampai saat dan tika,
Pergi dengan keredhaan di hati,
Moga ilmu yang dicurah setulus jiwa,
Akan diberkati oleh Illahi.

Selamat tinggal teman-teman seperjuangan,
Iringi daku dalam doa berkat,
Tanpa benci, amarah dan muslihat,
Lepaskan daku dengan senyum mesra,
Senyuman seindah sinaran suria.

Bak air yang mengalir,
Sampai di sini kenangan indah pasti terukir.

26 Mei 2011
Ponderosa Golf & Country Resort

10 May 2011

Diari Mei

Mei bulan yang ditunggu. Kenapa? sebab Mei banyak cerita menarik dan banyak hari yang dinanti

1 Mei - Hari pekerja (cuti tu...relax2)
2 Mei - sambung cuti sebab 1 Mei jatuh hari Ahad, relax sama anak2 di KL, shopping!!!
3 Mei - Latihan Pusat Bola Jaring untuk ke MSSJ (seronok...hilang stress bila di padang)
4 Mei - Masih sama aktiviti dari 7.30 pagi hingga 6.00 petang
5 Mei - Hari jadi anak2ku, abang dan kak ngah. kembar tarikh tahun lain2,hehehe. Happy
b'day
my dear,luv both of u so much, muah3!!.
Masih latihan pusat untuk pemain2ku bersama rakan2 yg sekepala, yg gile2...hahaha
6 Mei - Pertandingan Bola Jaring MSSJ bermula di Pontian - team ku naib johan kumpulan.
Menang lawan Muar, kalah lawan Ledang.
7 Mei - Masuk suku akhir, undian bertemu JB. Aduhai!!!...kalah 2 gol. Perlawanan kalah mati
pulak tuuu. Dah habislah peluang...balik aje ler!! tapi aku dapat jual 5 helai kain
cotton!!!
hebat tuuuuu....tak sampai setengah dah jam langsai. Kalau bawa lebih mesti
abes,hehehe

8 Mei - Hari Ibu. Dapat ucapan dari anak2. Kak ngah belikan aku Macaroon - 1st time makan,
okey gak rasanya.
9 Mei - Cuti Rehat hari ni,pergi ambe sijil CFO rumah baru, baru ada masa pergi ambe. Tengok
rumah sekali, gembira sebab rumah yang anakku belikan dah siap, bila2 pun boleh
pindah, bestnya!!
10 Mei - Fax jawapan jemputan JPNJ - Majlis persaraan. Sebelum ni tak pernah Jab. Pelajaran
Negeri buat majlis spt ini, rezeki aku dan kawan2 yg bersara tahun ini ler tu.
13 Mei - rancang nak bergambar bersama kelas2 yang aku mengajar ( 6 kelas)
16 Mei - Selamat Hari Guru!!!...sambutan hari guru yang terakhir buatku. Mesti best!!!
17 Mei - Wesak Day...apa lagi cuti ler, hehehe
18 Mei - Guru Besar cuti, aku tanggung tugas. Sempat lagi tanggung tugas sebelum bersara, 3
hari ler boss takde, sampai 20 Mei.
20 Mei - ambil kertas soalan setara Peperiksaan Pertengahan Tahun di SK Taman Molek
23 Mei - Majlis persaraan bersama murid-murid. entah macamanalah agaknya...serah pada
qadak dan qadar, ketentuan Ilahi. moga tak emosi...huhuhu
24 Mei - Peperiksaan Pertengahan Tahun bermula...apa lagi pantau perjalanan peperiksaanlah..
25 Mei - Tiada perancangan, ikut rutin biasa
26 Mei - Hari terakhir aku sebagai penjawat awam," Cikgu". Ada 2 Majlis yg perlu ku hadiri.
9.00 pagi Majlis Persaraan bersama JPNJ di Sangkar Kristal,Pelangi Golf Driving Range.
2.30 ptg Majlis ke 2 yang dianjurkan oleh SK Desa Cemerlang,"Majlis Budimu
Dikenang,
Kasihmu dijunjung" yang diadakan di Hotel Ponderosa Golf & Country Resort
Berhad.
So sweeeet!!!....moga aku dapat mengawal emosiku, huhuhu. Luv u warga SKDC
27 Mei - Hari Jadi ku yang ke 56, hari pertama persaraanku....macamana agaknya ya? kan ku
nantikan. Ucapan dari anak2ku pasti menyusul, insyaAllah.
28 Mei - Cuti sekolah pertengahan tahun bermula, tapi aku dah takde cuti....dah jadi pesara!!!
29 Mei - Hari Jadi adek, anak bongsuku. Happy B'day sayang...luv u so much, muah3
30 Mei - Belum ada plan lagi...sedang difikrkan, jalan2 makan angin bagus gak ni.
31 Mei- Apa nak buat untuk melabuh tirai Mei ni, tunggu tiba harinya nanti

Tamat diari ku...bulan yang indah bagiku, moga segala perancangan berjalan lancar dengan ketentuan dan perlindungan Allah jua, insyaAllah.