17 July 2010

Terkenang2

utk kali ini nak masukkan gmbr2 lama.
bila tgok gmbr2 lama ni terkenang masa kecik2,
seronok mcm takde masalah, tak fikir pun...
biarlah gmbr aje yg menyingkap cete...


gambar family sebelah abah
berdiri dr kiri: Pak Andak Arifin,Pak Busu Noh dan Abah(Hj.Ahmad)
tengah: kak zai(Fatimah),Mak Lot,Emak(Hjh.Rukimah),Nek Jah,
Mak Usu dan kakakku(Saadiah - 7th)
depan: zaharah, bonda(2th) dan kak zaleha





gambar bersama jiran kami
Wak Nasuha & isteri Wak Aminah serta anak Jamilah
Hj.Ahmad (abah), Hjh.Rukimah (emak) Saadiah (kak long- 6th)
dan Saadah (bonda - 1th, beriba)











Abah dan emak tersayang semasa mengerjakan ibadah
haji di Mekah pada th 1974










bersama emak tersayang semasa berumur 5th
berkebaya pendek ler....hehehe

10 July 2010

Surah Al-Haqqah; Hari Kiamat.. Menangis..

ALLAHHU AKHBAR(3x)...MAKA SYURGA ITU BENAR DAN NERAKA ITU JUGA BENAR...

Begitu tersentuh hati...insaf dan terasa amat kerdilnya diri ini. Ya Allah moga diampunkan dosa-dosa kami dan tempatkan kami dalam golongan orang-orang yang beriman...amin ya rabulalamin.

09 July 2010

Sebuah Kisah Di Padang Bola

kali ini bonda nak bawa pembaca menonton video aksi menarik di padang bola.
musim piala dunia ni, mai ler kita saksikan beberapa aksi gempaq,
jom layan...jgn tak layan,hihihi...

selamat hari ibu 2010

walaupun hari ibu sudah berlalu, tapi bila terjumpa video ni bonda rasa terhibur. Kreatif anak muda ni dah ada bakat jadi pelawak. Jomlah tonton...

06 July 2010

Melayu mudah lupa

utk n3 kali ni nak layan sajak nukilah Tun Dr.Mahathir, pemimpin negara yg memang bonda kagumi. Terasa ingin berkongsi rasa resah krna tanda2 melayu mudah lupa semakin terselah di bumi melayu ini. Moga sajak ini dapat membuka minda melayu agar tidak layu, tidak lupa dan alpa bahawa tanggungjawab besar yang perlu digalas jika melayu ingin terus subur di bumi sendiri.


Melayu mudah lupa

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi

Kerana perjuanganmu belum selesai...

Nukilan: Tun Dr Mahathir Mohammad 2001