25 February 2010

Lunch hour

Sebelom berceloteh, saje nak ingat-mengingati supaya kita sama2 berselawat atas nabi junjungan kita Muhammad s.a.w sempena sambutan Maulidur Rasul ni tanda kita menyanyangi Rasulluallah.
Jom baca n3 bonda cuti2 ni...
Wah, cuti lg...hish2 bulan feb. n mac ni bnyk tol cuti. Ari tu 9 ari cuti Tahun Baru Cina. Ni cuti Maulidur Rasul smbng dgn cuti ujung minggu jd 3 ari. Nti tgh bulan cuti sekolah seminggu - cuti pertengahan penggal. Cuti tu memang seronok tp bila lama sgt boring pulak......
Jd cuti ni bonda nak masak special seket utk anak dan suami. Anak sulung bonda bawak balik ikan siakap 5 ekor semlm. Dr mlm semlm pk nak masak apa siakap ni. 5 ekor ni leh 2 kali sajian.Pk pny pk bonda pun masaklah ni dia...jeng..jeng..jeng....tgklah gambar2 di bwh ni...Nilah hidangan tengahari kami ari ni...menyelerakan nampaknya,org lain telan air liur aje ler...hehehe





bonda masak ikan siakap 3 rasa dan kailan goreng ikan masin aje.
Wah... selera kami makan. Anak bongsu bonda kata ade rasa mcm masakan
restoran.Suami pun kata sedap,emm..seronok rasa sesekali dipuji.
Ada 3 ekor lg ingat nak kukus atau stim pulak. Itu menu esok...hehehe





22 February 2010

Ratu hatiku

Ibu... Ibu...kaulah ratu hatiku (felling lak bonda ni...hehehe)
Aha... inilah emak bonda. Org yg terlalu besar jasanya, tak ternilai dan tak dpt diukur setinggi / sebesar mana pengorbannya pada keluarga; malah tak terbalas oleh bonda walaupun sebanyak mana cuba bonda berikan pdnya, tak terbalas...sungguh!! Bonda amat menyanjung tinggi ratu hati bonda ni.,
Umur emak bonda kini mencecah 89 tahun. Syukur alhamdulillah beliau masih boleh urus diri sdri. Nak kata sehat org kata sehat org tualah. Sakit kaki, kepala dan badan tu biasalah. Tapi...sakit serius mcm 3 serangkai tu takde, masih leh jln dan memasak pun ok lg. Oh ya, nama beliau Hjh.Rukimah Hj. Kasmani.
Emak bonda ni bnyk panggilannya spt Mak Aji Mah bidan, Mak Mah andam, tokey Aji Mah. Aha...nak tau nape? Sebab emak bonda ni memang bnyk pandainya, rajinnya tak terikut bonda. Mcm2 yg dibuatnya, tak pandai dia belajar, tak malu tanya kalau tak tau. Itulah emak bonda, suka belajar sampai sekarang ni.
Emak bonda bersama arwah abah menyara keluarga dgn membuka warong jual makanan. Masa kecik2 bonda dan kakak bonda turut membantu. Kakak bonda tolong keje2 di rumah, bonda lak lebih bn
yk di warong atau keje2 luar. Dari warong beralih ke gerai. Tu yg dpt gelaran tokey...he3x. Emak bonda ambe tempahan masak kenduri kahwin, khatam quran, bersunat dll dan beliau jg leh mengandam (disebut ler Mak Mah Tukang Andam). Pastu sambil2 lak mengurut dan belajar jadi bidan.Sampaikan org2 Cina pun tempah beliau utk mengurut. malah mrk mcm org.melayu jg,berpantang, berbengkung, bertangas, berparam dan minum ubat2 melayu. Timbullah panggilan Mak Aji Mah bidan, Mak aji tukang urut atau bomoh Aji Mah. Aha...apa mcm, mcm2 tak? hihi...

kami sekeluarga pada hari raya 2009 dan emak bonda di pusara abah(al-fatihah)
Tulah emak bonda yg bnyk tahunya tapi selalu merendah diri dan ayat yg selalu keluar dr mulutnya aha begini,
"Mak Aji ni bodoh, tak sekolah...ajarlah mak aji ni...boleh mak aji belajar " merendah betul emak bonda nikan. Tapi bonda amat kagum dgn kebolehan & kepandaiannya. Pasal masakan bagi bonda takde org leh lawan. Masak sambal goreng jawanya sehingga kini yg terrrrsedappp(emmmm. nyum,nyum...lazatnya - terasa2 kat tekak ni pulak...)Tak caya mari rasa, aha...dtg masa hari raya.Sekuali besar pun tak cukup, bnyk peminat. Sekali rasa pasti nak lagi!!!hehehe...
Pelanggan Cina beliau dulu pun selalu tempah kalau mrk wat majlis. Masakan yg mrk suka nasi beryani, daging kambing masak ros (wah, yg ni memang popular, cina,melayu n india pun suka...betul! tak tipuuu) dan ni jg masakan kegemaran bonda dan arwah abah bonda.(tiba2 cedih lak teringat abah, huhuhu....)
Dlm meniti usia tuanya ni, bonda ajak duduk sama tp beliau lebih selesa duduk rumah sendiri. Mujur jiran2 keliling baik2 dan selalu tgok2kan. Bonda akan menelefonnya sekurang2nya seminggu sekali. Ada masa bonda balik jengok atau bawa beliau ke rumah bonda utk seminggu dua. Tak leh lama2, kata org jawa tak kerasan, leh demam rindu rumah...mcm tak caya aje, tp cayalah...gitulah gayanya.Agaknya bonda nti tua lg seket camtu jgk(lom tua lg...ha3x)
Apapun selagi beliau hidup, bonda akan cuba senangkan hatiny
a,dampinginya dan watlah apa2 asalkan tak sakitkan hatinya. Bonda amat berterima kasih yg teramat sgt padanya.Moga emak bonda sentiasa sehat, dpt terus beramal, lapangkan hati dan dadanya dan diisi dgn ilmu dan keimanan jua. Moga Allah panjangkan usia beliau ...insyaAllah.
Ibu...Ibu...Kaulah Ratu hatiku!!!!



Font size

17 February 2010

cuti dan kain


Bonda tak tau n3 apa, takde idea...
tp hati ni terasa nak menulis sbb boring...hu3x
dari sabtu hingga rabu sibuk dan seronok sangat
sebab ramai org kat umah,riuh dgn gurau senda

semua anak berkumpul ditambah emak pun ada
dan adik sekeluarga pun tido kat umah,seronoknya!!...
tapi kini semua dah balik, anak2 dah mula keje,
adik pula anaknya yg sekolah Tadika dah sekolah
jadi mereka dah baliklah...
hai...mula boring sebab sunyi, umah dah tak riuh lagi.


http://cottonsyndrome.blogspot.com
Dah siap keje umah, tiba2 bonda terpandang baki kain yg belum terjual
kain2 yg anak gadis bonda bawa balik dr vietnam,
gambar atas tulah hanya 3 dpd 20 helai yg dibeli di sana
16 helai telah dimasukkan dlm blog jualannya
(tu kat bwh gmbr tu add...ziarahlah!!)
kain2 di gambar atas tu saje tak masuk blog. ada 4 semuanya
tp kwn bonda dah rembat satu
Dlm blog pun tinggal 4 (2 pasang n 2 helai)
Bonda cakap pasal pasang dan helai
sebab ada kain yg sepasang spt 2 pasang di atas
maksudnya baju dan kainnya berlainan,
dan yg helai mcm yg warna coklat tu.
Seronok bonda berniaga.
Kwn2 dan cikgu2 sekolah bonda bnyk order

(Terima kasih kawan2 dan pelanggan2 cottonsyndrome)
mereka kata kain2 yg kami jual bermutu tinggi dan cantik2
(dia org kata eh, bukan bonda...tp bonda setuju...hehehe,
sebab betul apa yg dikata)

sebab tu baru masuk sehari 5 org dah tempah dan bila anak bonda balik
kawan bonda yg seorg tu siap telefon suruh dtg umah
dia nak tengok sebelum org lain order

bonda dan anak2 pergi umah dia, dia ambe 4 helai sekali
ni tinggal seket ni pun dah ada juga yg bertanya
insyaAllah akan habis jual.
cuti kain, cuti kain...bonda happy sangat...hehehe,
cuti2 pun duet masuk!!
tp bukan itu sebab utama bonda happy sangat
sebab utama kerana kami sekeluarga dapat berkumpul
Syukur Alhamdulillah...

13 February 2010

Makan Besar

Malam tadi kaum tionghua makan besar
bonda n family pun makan besar juga...
dah rancang dgn suami nak makan luar
sebab anak2 semua ada
siang semalam 2 org anak balik dr KL
emak bonda jg ada, mereka singgah batu pahat
ambe nenek mereka
ajak family adik bongsu sekali
Wah, seronok betul dapat berkumpul sambil makan
seronok sangat makan dan bercerita
lupa pulak nak ambe gambar, huhuhu....
takpelah takde gambar
gambaran di minda ni lagi jelas dan melekat,
terlekat dlm memori indah
(hehehe...nak sedapkan ati aje)
Oh ya, lupa pulak nak beritau
kami makan besar di Restoran Padi Emas
kat Bandar Baru Uda
kedai kawan baik suami
baru jugalah dia berniaga sendiri
dulu dia sewakan kedai tu kat org
jadi suami ajak try makan kat situ
suami cakap dia dah try, sedap katanya
wah...memang sedap masakannya
ni first time bonda makan kat situ
lain kali boleh makan lagi
boleh jgk promote kat kwn2 kalau nak tukar selera



08 February 2010

Pesta Layang-Layang di Johor

Bonda, anak bongsu dan keluarga adik bongsu bonda ke Pesta Layang2 di Bandar Dato' Onn
pada hujung minggu lalu (ahad-7/2/2010). Setiap tahun pesta ini diadakan tp sebelum
ini di Bukit Layang2,Pasir Gudang. Tahun ni berubah angin pulak nampaknya. Jom
tgok gambar yg bonda ambe, biar gmbar aje bercerita...jom layan!!!



di gerai layang2. Syafiq (gambar 1) sdng pilih layang2 sama anak bongsu bonda.




anak bonda dan anak buah nak pergi main layang2
yg dibeli tadi.





pelbagai bentuk dan rupa layang2 melayang di angkasa. seronoknya....








05 February 2010

Wasiat Ibu

suka pulak bonda dgn sajak di bawah ni, setelah membacanya terasa ada yg tersurat dan tersirat.jadi bonda copy n paste aje utk tatapan bonda dan sesape yg sudi ziarah bonda.

Wasiat Ibu – Mutiara

Bila kau dewasa anakku
Telaga kasih ayah bonda jangan dikeringkan
Secalit luka usah tergaris
Biar tiada airmata yang tumpah
Tegakkan mereka di tugu paling mulia
Agar tasik kebahagiaan
Bisa mengepung kehidupan

Bila kau dewasa anakku
Biar Al Quran menjadi bacaan harianmu
Sunnah Nabi menjadi rujukanmu
Agar kau tidak tersesat di belantara dunia
Yang paling kelam dan gelap
Kelak rohmu bisa digamit bidadari Syurga

Bila kau dewasa anakku
Biarlah pilihanmu wanita solehah
Bakal penyejuk hati dan matamu
Kaulah nakhoda pengemudi utama
Usah kau layari Sungai Jahaman
Yang merah menyala
Kerana Sungai Firdaus berair madu
Yang sedia menantimu dengan keredhaan Ilahi

Bila kau dewasa anakku
Dalam munajat dan doaku
Biarlah lahir seorang mukmin sejati
Bersungguh sungguh memikul
Tanggung jawab dan amanah Allah

Mutiara

Kuala Lumpur