30 January 2010

Hanya pesanan dan ingatan

Assalamualaikum....pagi2 ahad ni tergrk pulak hati ni nak menulis. Bonda kat umah anak ketiga di Bandar Sunway, jab lg nak balik Jb. sempat lg nak tulis.hehehe...(tersengeh). Tgok anak krng sehat. Tak sedap ati ni selagi tak tgok sndri sb dah seminggu dia britau bonda, 2x jmpa doktor tp tak baik2 malah makin truk. Tu yg lps sek ari jumaat trus dtg sini.
Tp bukan cete anak yg bonda nak share...tiba2 teringt pulak pd bekas2 pelajar bonda yg dah berjaya. Baca cete mrk kat FB dan ada jg yg contax bonda, seribu syukur bonda panjatkan kpd Illahi. Tmpng gmbira dgn kejayaan mrk, samada yg dah berkerjaya maupun yg msih belajar.
Sebgai guru, bonda puas bila pelajar2 bonda berjaya walaupun mungkin hanya setahun dua kita ajar mrk, ataupun kta ajar mrk masa ting. 1 aje ke, 2 ke atu 3 aje, mcm Amalina Che Bakri pelajar cemerlang SPM dpt 17A tu...tu dr sek bonda(rasa seronok,bangga bukan riak eh...)
Tapi agk cedih gak bila ada pelajar2 yg hny ingt guru2 ting 4 atu 5 mrk aje. guru sek rendah lg cedih...huhuhu, ada yg tak ingat langsung. Bonda smpai skrang klu terserempak dgn cikgu2 bonda samada sek ren/men maupun pensyarah maktab, bonda akan tegur mrk sb tanpa mrk entah knal atau tidak bonda dgn ABC/123.Jasamu ttp dikenang wahai guru2ku...Namun bonda percaya bila kta ikhlas mendidik pelajar kta insyaAllah akan dpt balasan dr Nya jua. ABC tak ingat, DEFGHIJKLMN...akan ingat.
Sebab tulah bonda selalu mengingatkan guru2 bonda apabila mengajar,mendidik biar ikhlas. Pasang nawaitu betul2 seblom gi sek nak mengajar. Bila niat betul klu ada masalahpun boleh diatasi. Jgn fikir soal gaji dan ganjaran aje. Sb bonda nampak ada SEGELINTIR guru2 muda skrang terlalu taksub berkira soal gaji/ganjaran bila tenaga dikeluarkan.Kata org bila buat sesuatu biar berkira-kira(ertinya berhati2/beragak2) tapi...jgn berkira(ertinya harapkan balsan setiap yg dibuat)
Sebgai guru bnyk yg kita perlu berkorban. Bukan saje tenaga dan masa, malah kdng kala wang ringgit. 30 thn jd guru bnyk yg bonda pelajari malah masih trus belajar utk menjadi yg terbaik insayaAllah walaupun hany tinggal sethn setengah lg berkhidmat. Bonda rasa bonda telah diberi balasan yg setimpal dgn keikhlasan bonda di mana bonda dikurniakan anak2 yg baik dan berjaya. Bila kta ikhlas,jujur dan amanah dgn t/jwb insyaAllah org lain yg mendidik anak kta jg begitu.
Pesan bonda utk semua guru, berbaktilah pd anak bangsa tanpa mengharap balasan/ganjaran. Berbakti dgn ikhlas, tunaikan tanggungjawab yg diamanahkan.
Kata2 seorg guru itu spt satu doa, maka berhati-hati dgn lidah. Keluarkan kata2 yg baik agar anak muridmu menjadi murid yg baik dan akan mendoakan kebaikan untukmu jua,insyaAllah.

25 January 2010

Sayangku

Inilah suamiku sayang, Hamsani Md.Amin.
4 Ogos 2009 yg lalu genaplah 26 tahun kami hidup bersama.
Moga dipanjangkan umur dan diberkati hidup kami sekeluarga.
Masih hensem abangku ni, hahaha... (kalau dia baca terangkat pulak dia)
Kalau sesape nak tempah perabot atau ubah suai rumah bolehlah
contax suamiku ini sebab tulah kerja dia........(tolong promote aje -
suami isteri tolong-menolong le.....) tempahan sekitar jb takde masalah, insyaAllah boleh sampai . Leh cari dia kat Dienieda interior Design, no.30,jln. beladau 20, tmn. puteri wangsa,ulu tiram,jb (013-7268689)


Ini putra sulungku, Muhammad Ghazi. Lahir 25 tahun lalu iaitu tanggal 5Mei 1984 hari Sabtu. Telah bekerja dan suka berniaga. Part time jadi tukang foto (cameraman lahtu.......) Suka makan angin,melancong (macam ibu dialah........ayah dia tak suka jalan jauh, tu
yang boring,eh nape membebel ni..........) Boleh tahan kacaklah....Sejak umur 10 tahun dia suka memasak sangat berdikari. Suka bersukan, suka bergurau, happy go lucky dan suka mengusik orang, penyayang walaupun nampak agak kasar.

Yang ni pula puteriku, anak kedua. Nilah satu2nya anak perempuanku. Syazwani dan lahir genap setahun abangnya lahir iaitu 5 Mei 1985 hari Ahad. Mereka berkongsi tarikh lahir dan menyambut hari lahir bersama setiap tahun. Anak yang bertanggungjawab,penyayang,periang dan pandai mengurus hal kewangan(yalah kerja kat bank katakan...)Palingku tak sangka anakku ini suka menjahit,siap masuk kls menjahit lg...dan aku berikan mesin jahit lamaku padanya.Kini menjual kain di blog (kain..kain..........hehehe.......promote lagi!!!!!) Anak manjaku ni sering berkongsi cete denganku, kira kami takde rahsia,kami spt anak & ibu, spt adik & kakak dan adakala spt kawan.

Seorang lagi anak terunaku. Putraku anak ketiga. Pandai mengambil
hati, manja dan suka menyakat terutama adiknya. Kami namakan dia
Ahmad Farhan. Lahir pada 17 November 1986 hari Selasa.(berderet 3 tahun.....masa tu fikir biar penat sekali aje)Masa kecil sehingga ting. 3 agak pendiam, tapi sekarang riuhnya dia.......Periang, suka ketawa, suka muzik dan gemar komputer, ialah dah lulusan IT mengadap komputer
ajelah kejenya. Makan tak pilih, asal halal dan boleh dimakan. Senang
nak sediakan makan untuknya. Seorang yg senang dibawa berbincang.
Suka berterus terang dan mencari ibunya jika ada masalah atau minta
nasihat/pendapat.


Yang ni pula putra bongsuku, anak keempat. Lahir pada hari Ahad tanggal 29 Mei 1994, 8 tahun beza dengan anak ketiga (ingatkan dah takde lagi,hehehe.......rezeki Allah beri, syukur alhamdulillah) Sangat2 manja, anak bongsu katakan. Abang dan kakak ada, semua dah keje.....dapatlah tumpang senang.Suka bertanya, suka bercerita dan menyanyi. Kami namakan dia Anwar Raziq. Hobinya melukis. Sejak umurnya 3 tahun dia sudah boleh melukis dengan baik.Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi....aku dan suami sama2 boleh melukis dan itu salah satu opsyen mengajarku.Dia juga suka membaca novel. Agak cerewet tentang makan, kekadang pening kepala fikir nak sedia makanan apa untuknya. Namun nilah penemanku ke mana2 saje ataupun masa di rumah sebab dia sorang yang tak bekerja, manakala 2 org anakku keje kat KL.

24 January 2010

Panduan Sembayang Jamak dan Qasar

Sembahyang jamak adalah menghimpunkan dua solat dalam satu waktu. Adakalanya jamak itu dinamakan jamak ta'khir dan adakalanya dinamakan jamak taqdim.

Jamak taqdim ialah mengerjakan sembahyang dalam waktu yang sebelumnya misalnya sembahyang Asar dilakukan pada waktu Zuhur sesudah mengerjakan sembahyang Zuhur.

Jamak ta'khir pula ialah menjamakkan sembahyang dalam waktu sesudahnya, misalnya sembahyang Zuhur dikerjakan sesudah sembahyang Asar atau sembahyang Maghrib sesudah Isyak.

Adapun yang boleh dijamakkan ialah sembahyang siang sama sembahyang siang seperti Zuhur dan Asar, dan sembahyang malam sama sembahyang malam seperti Maghrib dan Isyak.

Tidak boleh menjamakkan sembahyang siang dengan sembahyang malam begitu juga sebaliknya. Sembahyang Subuh tidak boleh dijamakkan.

Solat jamak dan qasar adalah rukhsah pemberian Allah untuk musafir. Pendapat yang lebih kuat ialah ia untuk musafir yang tidak bertujuan maksiat.

Namun bagi isu penetapan tempoh yang dibolehkan solat jamak dan qasar bagi musafir sebenarnya tiada dalil sahih lagi jelas berhubung dengannya.

Hukum Solat Qasar

Wujud pelbagai perbezaan pendapat mengenai permasalahan solat qasar. Perbezaan ini bersumber daripada kepelbagaian riwayat hadis dan athar (riwayat) yang datang daripada para perawi di kalangan sahabat Rasulullah SAW.

Apa yang dilakukan oleh segolongan masyarakat yang berada di luar negeri atau negara, yang selalu mengqasar dan menjamak solat, adalah berdasarkan pengetahuan yang dia miliki daripada seseorang.

Justeru, apa jua perbezaan pendapat yang berlaku diharapkan tidak mengakibatkan tali persaudaraan sesama saudara Muslim menjadi retak.

Perlu difahami bahawa permasalahan perbezaan pendapat di atas adalah permasalahan fiqh. Dan ia merupakan suatu yang perlu diterima dan kita dituntut untuk berlapang dada dan berbesar hati dalam meraikan perbezaan yang berlaku. Apa yang pasti sebagai umat Islam kita berusaha menjadikan dalil yang kuat sebagai landasan amal ibadah kita.

Keterangan mengenai qasar solat telah difirmankan oleh Allah SWT dalam al-Quran surah al-Nisa' ayat 101 yang bermaksud: Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa 'mengqasarkan' (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang amat nyata bagi kamu.

Dalam ayat ini, mengqasar solat dikaitkan dengan "apabila takut dengan musuh."

Ketika turun ayat ini, para sahabat merasa hairan, adakah masih dibolehkan untuk mengqasar solat jika keadaan aman dan tenteram?

Justeru, ketika persoalan ini diajukan oleh sahabat kepada Rasulullah, maka baginda SAW bersabda: "Ia adalah sedekah dari Allah SWT, maka terimalah sedekah-Nya".

Aisyah r.a berkata: "Selama di Mekah, kewajipan solat adalah dua rakaat dua rakaat. Kemudian, ketika Rasulullah SAW datang ke Madinah, di tambah dua rakaat dua rakaat untuk setiap solat, kecuali maghrib, kerana ia adalah solat witir untuk siang hari, dan solat subuh kerana panjang bacaannya."

Rasulullah SAW ketika safar (musafir), baginda melakukan solat yang pertama (solat ketika masih di Mekah; dua rakaat dua rakaat).

Mengenai hukumnya pula, sebahagian ulama seperti mazhab Hanafi mengatakan wajib. Mazhab Maliki pula mengatakan sunah muakkad. Sedangkan Syafi'e dan Hanbali mengatakan boleh, ertinya dalam keadaan safar, mengqasar solat lebih baik daripada menyempurnakan.

Solat qasar tidak ada masalah dari segi hukum kerana ia memang disyariatkan.

Perincian bagaimana batasan-batasan solat qasar, bila seseorang boleh mengqasar solat, adalah berdasarkan butiran berikut:

l Jauhnya perjalanan yang disyariatkan qasar.

Fiman Allah SWT dalam surah al-Nisa' ayat 101 yang bermaksud: Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang amat nyata bagi kamu.

Dari ayat di atas, tidak ada batas tertentu tentang jarak safar (bermusafir), sehingga berapapun jarak tempoh safar, dekat atau jauh, seseorang boleh melakukan qasar.

Ibn Mundzir, menghimpun beberapa riwayat mengenai hal ini, di antaranya:

l Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Muslim, dari Yahya ibn Yazid berkata: Aku bertanya kepada Anas ibn Malik tentang mengqasar solat? Anas berkata: Dahulu Rasulullah SAW, jika keluar rumah yang jauhnya sampai tiga batu atau satu farsakh maka baginda mengqasar solat.

Ibnu Hajar dalam menerangkan status hadis ini mengatakan bahawa hadis ini adalah hadis yang paling sahih dan jelas, berkenaan dengan masalah ini (masalah jarak perjalanan sehingga diperbolehkan qasar).

l Dari Abu Said al-Khudri berkata: Ketika Rasulullah SAW melakukan safar sejauh satu farsakh, baginda mengqasar solat. (keterangan: satu farsakh>3 batu, satu batu > 1,748m, 3 batu> 5km lebih).

l Adapun pendapat ulama fiqh yang mensyaratkan bahawa boleh mengqasar solat dengan jarak perjalanan tertentu. Hal itu dibantah oleh Imam Khoroqi dalam kitab al-Mugni.

Saya tidak tahu dalil yang digunakan oleh para imam itu (imam-imam fiqh), kerana pernyataan para sahabat banyak yang bertentangan antara satu dengan yang lain, maka tidak boleh dijadikan dalil.

Padahal perkataan dan perilaku Rasulullah SAW telah jelas. Menurut Imam Kharaqi, penetapan syarat perjalanan harus sampai kepada batas tertentu seperti 85 km, adalah tidak bersumber, kerana ia bertentangan dengan perkataan dan perilaku Rasulullah SAW.

Bilakah seseorang itu dianggap musafir?


Seorang musafir disyariatkan mengqasar solatnya selama dia masih dalam safar iaitu jika dia tinggal di suatu tempat (tidak tahu tempoh tinggalnya) untuk menyelesaikan urusannya, maka dia dianggap sebagai musafir. Dalam hal ini boleh dikatakan semua ulama mencapai kata sepakat.

Akan tetapi para ulama berselisih pendapat jika seseorang berniat tinggal di suatu tempat, dengan masa tertentu (dia sudah tahu masa lama tinggalnya).

Ibn al-Qoyyim lebih memilih pendapat bahawa niat tinggal di suatu tempat dengan sudah mengetahui batas waktu tertentu, tidak menghapus keadaannya sebagai musafir selama ia tidak menjadi penduduk setempat.

Dalam hal ini, para ulama mempunyai pendapat sesuai dengan ijtihad masing-masing. Oleh yang demikian, setiap orang yang mempunyai kemampuan untuk mengkaji permasalahan-permasalahan fiqh, maka dia sewajarnya melakukannya, dan mengambil pendapat yang berdasarkan dengan dalil yang kuat.

Namun begitu, bagi orang awam tidak mengapa jika mereka mengikuti pendapat satu mazhab tertentu tanpa harus taksub dengan pendapat itu. Wallahu a'lam.

23 January 2010


Renungan....

Jika anak sentiasa DIKECAM, dia akan menjadi
orang yang suka mengganggu orang lain,
Jika anak sentiasa DIMUSUHI, dia akan menjadi
orang yang suka berkelahi,
Jika anak sentiasa DIKRITIK,
dia akan pandai menghina,
Jika anak sentiasa DIKASIHANI,
dia akan hilang keyakinan diri,
Jika anak hidup dalam KETAKUTAN,
dia akan sentiasa berasa cemas,
Jika anak diajar BERSABAR,
dia akan membina keyakinan diri,
Jika anak sentiasa DIDORONG,
dia memiliki harga diri,
Jika anak hidup dalam BELAIAN,
dia belajar mencintai dan menyayangi,
Jika anak hidup dengan KEJUJURAN,
dia belajar menilai kebenaran,
Jika anak hidup dalam TOLAK ANSUR,
dia belajar menjadi penyabar,
Jika anak hidup dengan PERLINDUNGAN,
dia belajar membina keimanan dalam dirinya dan orang lain,
Jika anak hidup dalam KEMESRAAN, dia akan menyedari bahawa
keluarganya dan dunia ini adalah tempat yang terbaik untuk dirinya.

sumber: Robiah Kulop Hamzah

kain...kain

Bila anak gadis saya beritau yg dia buat jualan kat internet, saya sokong 150% malah lebih lagi. Saya sama2 promote kat kekawan. Dah hampir 3 bulan blog jualan kami beroperasi, alhamdulillah sambutan amat menggalakkan. Sokongan kawan2 terutama cikgu2 sekolah saya amat baik. Ini memberi saya semangat utk terus berniaga kain. Mereka sentiasa tanya,"ada kain baru?,bila masuk kain baru? Dah sampai kain baru ke?beri saya dulu tau....."
Wah!!...pertanyaan2 tu semua buat saya rasa seronok berniaga.
Di sebelah ni salah satu koleksi kain kami. Boleh tengok corak yg lain di blog kami http://cottonsyndrome.blogspot.com. Kami menjual kain cotton spt voile,japaness,swiss dan lain2 cotton. Kain2 kami bermutu tinggi dan Alhamdullilah setakat ini pelanggan2 kami berpaus hati dengan mutu kain kami.
Tak lama lagi kami akan masukkan kain2 baru dgn corak2 terkini. Kawan2 diharp akan terus menyokong usaha saya dan anak saya. Kami akan terus menambah koleksi kami agar banyak pilihan yg boleh dibuat oleh pelanggan. Jadi selalu2lah lawat blog kami......